

…Kerana sabda Baginda shallaAllahu ‘alaihi wa sallam: “Sesiapa yang mentaati amirku, maka dia telah mentaatiku. Dan sesiapa yang mengengkari amirku, maka dia dia telah mengengkariku.“ Akan tetapi tidak perlu taat dalam perkara yang haram atau yang makruh. Adapun yang mubah (jawaz/harus) jika padanya terdapat maslahah yang umum bagi kaum Muslimin, maka wajiblah mentaatinya dalam perkara tersebut, jika tidak ada maslahah padanya maka tidaklah wajib ditaati. Oleh itu, jika diperintah untuk tidak merokok maka wajib ke atas mereka (yakni kaum Muslimin) untuk mentaatinya kerana pada tegahan tersebut ada maslahah yang umum …

Maka jika pemerintah melalui Kementerian Kesihatan atau seumpamanya melarang merokok secara umum atau di tempat-tempat tertentu seperti hospital, sekolah dan kedai makan, maka wajiblah kita mentaatinya. Sesiapa yang melanggar larangan tersebut maka dia berdosa kerana tidak taat kepada pemerintah. Tidak perlu dibahaskan apa hukum merokok tersebut kerana segala khilaf yang ada pada hukum merokok tersebut tidak lagi relevan setelah ada perintah tersebut. Hatta sesiapa yang berpegang merokok itu harus sekalipun, kena taat dengan tegahan pemerintah ini. Oleh itu, berhati-hatilah ketika melanggar perintah-perintah yang keluar daripada pemerintah sebagaimana yang dinyatakan tadi.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.