
Ramai
orang menjadi sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerana dalam hati
mereka tiada kasih kepada baginda. Mereka telah menidakkan tawassul
terhadap zat baginda selepas wafatnya. Mereka menganggap bahawa
kesan keberkatan Rasulullah SAW itu telah habis apabila baginda wafat.
Jika bertawassul selepas baginda wafat bererti bertawassul kepada suatu
yang tidak berkesan.Hujah seperti itu menunjukkan bahawa mereka
sebenarnya jahil mengenai Rasulullah SAW. Persoalannya, adakah semasa
hayat baginda ia memberi kesan? Sedangkan kesan hanya datang daripada
Allah SWT sebagai Khaliq, tiada makhluk yang memberi kesan. Tiada siapa
pun boleh mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh memberi kesan secara
peribadi semasa hayatnya. Kerana dakwaan itu telah disepakati boleh
membawa kerosakan akidah.Para sahabat mengambil berkat daripada
kesan-kesan baginda, bukan kerana baginda boleh memberi kesan. Tetapi
baginda adalah seafdal-afdal manusia di muka bumi ini. Seluruh makhluk
di langit atau di bumi, hanya Rasulullah SAW sahaja orang yang menjadi
kesayangan Allah SWT. Baginda juga menjadi rahmat Allah kepada seluruh
alam. Ia adalah tawassul disebabkan Rasulullah SAW sangat akrab dengan
Allah SWT, melalui bagindalah seluruh makhluk mendapat rahmat daripada
Allah SWT.
Maka jelas menurut Tok Guru hafizahullah, sesiapa yang berpendapat bahawa tidak boleh bertawassul dengan Junjungan Nabi shallaAllahu `alahi wa sallam setelah kewafatan baginda, maka orang tersebut adalah ORANG SESAT YANG HATINYA TIDAK KASIHKAN BAGINDA shallaAllahu `alaihi wa sallam. Maka tak kiralah samada manusia sesat ini mufti ke, ustaz ke, barua politik ke, pencacai politik ke dan dan dan dan seumpamanya.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.