Shalawat

Shalawat Sidi Syamsuddin

Ini adalah shalawat yang dinisbahkan kepada Sayyidi Syamsuddin Muhammad al-Hanafi seorang waliyUllah yang dikatakan memegang maqam Quthub selama 46 tahun 3 bulan. Shalawat ini adalah sholawat ke-40 yang dicatat oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam “Afdhalush Sholawat“. Syaikh Yusuf turut menukilkan kisah bahawa Sidi Syamsuddin telah dimuliakan oleh Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, antaranya, sebab menjadikan shalawat ini sebagai wirid dalam khalwatnya sebelum terbenam matahari. Shalawat ini merupakan antara shighah jami` yang menghimpunkan pahala dan rahsia yang banyak. Kandungannya ialah permohonan kita kepada Allah untuk menggandakan pahala ucapan shalawat dan salam yang kita ucapkan untuk baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam dan ahli keluarga serta para sahabat dengan gandaan yang besar lagi agung, iaitu sebanyak atau seluas ilmu Allah yang tiada kesudahan, baik dari segi bilangan, berat maupun isipadu. Allahu … Allah…. hanya Allah sahaja yang mengetahui kadarnya.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top