Pelbagai

Seruan al-Qardhawi

Diberitakan dalam website Islam Online (edisi Bahasa Arab) bahawa Syaikh Yusuf al-Qardhawi di akhir lawatannya ke Malaysia (tepatnya pada 22/12/2009), dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, telah menyeru agar semua pihak bersatu dalam mempertahankan pegangan Islam berteraskan Mazhab asy-Syafi`i dan Aqidah al-Asy`ari yang diamalkan di Malaysia serta menentang sebarang serangan pemikiran dari luar. Walaupun Syaikh al-Qardhawi terkenal dengan sikap agak “bebas mazhab ” dalam ertikata beliau tidak terikat dengan mana-mana mazhab tertentu, di mana mungkin beliau seorang ulama yang telah layak untuk mengambil bersikap sedemikian, tetapi beliau bukanlah seorang yang “anti-mazhab”. Beliau masih dapat melihat kepentingan mazhab dalam menyatupadu dan menseragamkan amalan beragama umat di satu-satu tempat. Diharap para pencinta dan pengkagum al-Qardhawi dapat menerima seruan dan saranan beliau tersebut, demi menjaga kesatuan, persatuan, perpaduan dan keutuhan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

– Untuk pandangan Syaikh Yusuf tentang Mawlid Nabi SAW, sila klik.
– Baca juga tulisan Ustaz Mohd Khafidz mengenai mazhab Syaikh Qardhawi.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top