al-'Izz Abdul Salam

Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam

Kitab Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam merupakan
sebuah karya dalam bidang kaedah fiqh (Qawa’id Fiqhiyyah) dalam mazhab
al-Syafi’i. Ia disusun oleh al-Imam ‘
Izzuddin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdul Salam al-Sulami al-Syafi’i (577-660H).

Keluarga Imam
‘Izzuddin berasal dari Maghribi, namun beliau dilahirkan di Damsyiq Syria dan
menetap dan meninggal dunia di Mesir. Murid beliau al-Imam Ibn Daqiq al-‘Eid
menggelar beliau sebagai “Sultan al-Ulama”.
Beliau terkenal sebagai
seorang ahli fiqh dan ushul fiqh, gramatika arab,
dan tafsir.

 
 
Kandungan Kitab;
 
 
Dalam kitab ini, beliau telah merangkumkan semua
permasalahan fiqhiyyah hanya dalam satu kaedah asas, iaitu “ i’tibar al-mashalih wa dar’
al-mafasid
. Kitab ini memang sengaja ditulis oleh pengarangnya untuk
menerangkan tujuan utama syariat yang menurut beliau hanya tertuang dalam satu
asas, iaitu mencapai cita-cita kemaslahatan umat dengan prinsip asas “ tahshil al-mashalil dan
dar’ al-mafasid
atau yang biasa disebut dengan “ jalb
mashalil wa dar’ al-mafasid
(menarik kemaslahatan dan menolak kerusakan).

 
 
Imam ‘Izzuddin Ibn Abdul Salam
menerangkan tujuan kitab ini disusun, katanya;



Tujuan menulis buku ini ialah
menerangkan kepentingan-kepentingan yang diperolehi dari bentuk ketaatan yang
dibuat, muamalat dan semua tindakan oleh seorang hamba Allah. Ia juga
menerangkan bentuk larangan yang perlu dijauhi seorang hamba Allah, dan menerangkan
kepentingan ibadat supaya seorang hamba Allah itu beribadat dalam keadaan
paling baik. Kitab ini juga menjelaskan kepentingan yang perlu didahulukan ke
atas kepentingan yang lain dan melewatkan kemudaratan mengatasi yang lain. Dan
perkara yang termasuk di bawah usaha seorang manusia berbanding perkara yang
tidak mampu dilakukan olehnya
”.

 
 
Secara umumnya, keseluruhan kitab ini membincangkan kaedah syarak yang asasi iaitu
‘menarik maslahah (kepentingan) dan menolak kemudaratan ‘. Dari kaedah asas ini,
telah dipecahkan kepada beberapa kaedah yang lain.

 
 
al-Imam al-Alai-i menyebut dalam
muqaddimah kitabnya yang berjudul “ al-Qawa’id ;  Kitab al-Qawa’id yang dikarang oleh Syeikh
al-Islam ‘Izzuddin bin Abdul Salam ialah sebuah kitab yang tiada tolok
bandingnya dalam bidangnya.
 
 
Ada beberapa pandangan dan ijtihad dalam kitab tersebut yang menjadi tumpuan
dan kritikan oleh sebahagian fuqaha. Justru itu, al-Imam Sirajuddin al-Bulqini
mengarang kitabnya “ al-Fawaid al-Jisam ‘ala Qawa’id Ibn Abdul
Salam
dan Muhammad al-Wanughi al-Maliki juga mengkritik Izzuddin ibn
Abdul Salam. Sarjana lain iaitu Abu Ishak al-Syathibi mengurang dan menambah
dalam kitabnya al-Muwafaqat fi usul al-Syariah. Beliau memasukkan
kaedah-kaedah berkaitan maslahah (kepentingan) dan membuat penilaian yang cukup
baik.
 

Kitab ini boleh didownload di pautan berikut;


http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2682


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top