Haji Abdul Rasyid Banjar

Perukunan Sembahyang

Ketika
saya memaparkan satu petikan artikel sebelum ini, mengenai sebuah kitab yang
berjudul 
Kitab Perukunan
’, pada mulanya anggapan saya ia adalah sama dengan kitab yang akan saya
paparkan sekarang. Rupanya saya terkeliru dengan judulnya yang hampir sama.
Kitab yang akan saya bicara secara ringkas kali ini ialah ‘ Kitab
Perukunan Sembahyang
’ hasil karya Haji Abdul Rasyid al-Banjari, seorang
ulama Banjar di Borneo.

Terdapat
dua kitab Jawi yang menjadi telaah dan rujukan keluarga saya mengenai agama
ketika saya kanak-kanak dahulu, iaitu Kitab Perukunan Sembahyang ini dan Kitab
‘Perhimpunan ‘Amal Ibadat’ karya
al-Syaikh ‘Ali bin ‘Abdullah Baldran[1].

Dalam
koleksi saya ada sebuah edisi kitab ini, iaitu terbitan Maktabah wa Mathba’ah
Muhammad Nahdi wa Awladuh, Pulai Pinang, tanpa tarikh cetakannya. Di ‘cover’
hadapan kulitnya disebutkan judulnya sebagai ‘Perukunan Sembahyang Melayu’.
Manakala di helaian bahagian dalamnya pula disebutkan  Ini
Kitab Perukunan Besar’ bagi Haji Abdul Rasyid Banjar………’.
  Sekadar pengetahuan saya, rupanya selain
kitab ini terdapat beberapa kitab lain yang diberi judul dengan ‘ Perukunan’
yang disusun oleh ulama Banjar.

Mereka
menamakan kitab mereka sebagai ‘perukunan’ kerana d
alam bahasa
Banjar, “perukunan” bermakna huraian
asas tentang perkara-perkara yang diwajibkan oleh agama yang harus dilaksanakan
dalam kehidupan seharian, mencakup rukun Islam (fikih), rukun Iman (tauhid),
dan rukun Ihsan (tasawuf).

Berikut
saya nukilkan tulisan Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah mengenai kitab ini[2];

“ Di
antara kitab Melayu/Arab yang paling popular dan banyak diajarkan orang ialah Kitab
Perukunan Sembahyang Besar
,……[3].
Kandungan kitab tersebut merupakan pengetahuan fardu ain yang paling lengkap.

Selain
itu, dilengkapi juga dengan berbagai-bagai amalan yang menjadikan khabar
kegembiraan untuk dunia dan akhirat. Terdapat juga tentang khutbah Jumaat dan khutbah
nikah.

Tercatat
pada semua edisi cetakan, “Diambil
daripada karangan Sheikh Muhammad Arsyad Banjar…
..[4].
Selain dalam Bahasa Melayu, kitab ini juga terdapat terjemahan dalam bahasa
Bugis, Sunda dan Jawa. Dicetak oleh Mathba’ah al-Aminiyah, nombor 12 dan 14,
Baghdad Street, Singapura, bertarikh 23 Zulhijjah 1352 H/ 9 Mac 1935 M, dicetak
dengan huruf litograf.

Terdapat berbagai-bagai edisi
cetakan dan masih dicetak serta banyak diajarkan di seluruh dunia Melayu hingga
kini. Walaupun karyanya sangat terkenal, namun riwayat hidup penyusunnya masih
gagal dikesan ”.
Semoga bermanfaat.


[1] Lihat artikel ringkas saya di pautan  http://abusyahmin.blogspot.com/2012/07/perhimpunan-amal-ibadat.html

 

[2]
Mengenali pelbagai karya ulama Borneo
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

[3]Dalam artikel
asal ada disebutkan selepasnya ‘
tanpa dinyatakan tarikh’. Saya sengaja  memadamnya kerana tiada kesesuaian dengan teks
tersebut. Kemungkinan berlaku kesilapan ketika menaip oleh penyusun atau semasa
cetakan ketika penerbitannya. Wallahu a’lam.

 

[4]  Di bahagian
bawah catatan itu, disebutkan “ Dan ada
ditambah sifat dua puluh, khutbah Jumaat, khutbah nikah, ratib haddad, talqin
mayat, bab haid, doa-doa, bab haji, fatihah bergantung makna, qunut, tahiyyah
bergantung makna, doa ‘Akasyah


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top