al-Kasyghari

Munyah al-Mushalli wa Ghunyah al-Mubtadi


Kitab Munyah al-Mushalli wa Ghunyah
al-Mubtadi
(
منية المصلي وغنية المبتدي) merupakan antara kitab “matan” fiqh
yang muktamad dalam mazhab Hanafi. Ia adalah sebuah karya al-Imam Sadiduddin Muhammad bin
Muhammad bin ‘Ali al-Kasyghari (705H). Kandungan kitab ini
membicarakan secara khusus mengenai ibadat solat berdasarkan mazhab Hanafi[1]. Berdasarkan edisi yang diterbitkan oleh Maktabah Dar al-Beiruti, kandungan kitab ini merangkumi 192 halaman.

Terdapat beberapa kitab yang disusun
khusus bagi menghuraikan matan Munyah al-Mushalli ini, sama ada berbentuk
syarah, hasyiah atau ta’liq, antaranya;

a)   Kitab Halbah
al-Mujalli wa Bughyah al-Muhtadi
Syarh Munyah al-Mushalli wa Ghayah
al-Mubtadi
(
حلبة المجلي وبغية
المهتدي في شرح منية المصلي وغنية المبتدي
), karya al-Imam
Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad (879H), yang
terkenal dengan gelaran Ibn Amir Hajj al-Halabi. Kitab ini merupakan kitab
huraian terbesar bagi kitab Munyah al-Mushalli ini[2].
 Kitab ini boleh dibaca dan dimuat turun
di pautan
http://www.moswarat.net/books/a575n.pdf.

b)  Kitab Ghunyah al-Mutamalli fi Syarh Munyah al-Mushalli (غنية المتملي في شرح منية المصلي), karya al-Imam Syaikh Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim
al-Halabi al-Hanafi (956H). Kitab ini terkenal dengan judul Syarh
al-Halabi al-Kabir
(
شرح الحلبي الكبير). Kitab ini kemudiannya telah diringkaskan oleh penyusunnya
dengan karyanya yang dikenali sebagai Syarh al-Halabi al-Shaghir (
شرح الحلبي الصغير).

c)   Halbah al-Naji Syarh
Mukhtashar Ghunyah al-Mutamalli
(حلية الناجي شرح مختصر غنية المتملى), karya Syaikh Mustafa bin Muhammad bin
Mustafa Kuzal Hushari[3].

d)   Jawahir al-Mutamalli
‘ala Munyah al-Mushalli
(جواهر المتملى على منية المصلى), karya Syaikh Muhammad bin Muhammad
Qadhi Zadah al-Anshari al-Hanafi.

e)  Zukhr al-Najah fi
Syarh al-Munyah al-Mushalli
( زخر النجاة في شرح منية المصلى), karya Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim bin Hasan
al-Rumi al-Hanafial-Thabib al-Sayyah (1080H).

f)  al-Ta’liq al-Mujalli li ma fi Munyah
al-Mushalli
(
التعليق المجلي لما في منية المصلى), karya Syaikh Washi Ahmad al-Surati (1334H).

g)    Hasyiah Syaikh Bilal Ahmad Syahid.

Semoga
bermanfaat.

Rujukan;

http://aslein.net/showthread.php?t=4203

http://thakafawaturath.com/pages/look_up_book.php?id=10

http://www.feqhweb.com/vb/t20985.html


[1]
Sekadar makluman,
ini merupakan karya fiqh yang kedua yang berjudul Munyah al-Mushalli yang saya ketahui. Karya pertama ialah kitab Munyah al-Mushalli, karya Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani,

yang membicarakan  ibadat solat berdasarkan mazhab Syafi’i. Kemungkinan
pemilihan judul yang diberikan oleh Syaikh Daud bagi kitab beliau tersebut
mengambil sempena kitab Munyah al-Mushalli karya al-Kasyghari ini. Wallahu a’lam.

[2] Di antara karya beliau yang terkenal
ialah kitab al-Taqrir wa al-Tahbir
dan kitab Syarh al-Tahrir, iaitu
huraian bagi kitab al-Tahrir karya guru
beliau al-Imam al-Kamal Ibn al-Humam.


[3] Iaitu huraian bagi kitab Syarh
al-Halabi al-Shaghir
(
شرح
الحلبي الصغير), karya al-Imam Syaikh Ibrahim bin
Muhammad bin Ibrahim al-Halabi al-Hanafi (956H).



, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top