al-Ghazali

MINHAJ AL-‘ABIDIN (منهاج العابدين)



Kitab Minhajul Abidin ( منهاج العابدين
) atau judul lengkapnya
Minhaj al-‘Abidin ila Jannah Rabb al-‘Alamin (
منهاج
العابدين إلى جنة رب العالمين
) adalah sebuah kitab tasawuf karya Imam al-Mujaddid
Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad
al-Ghazali
(450-505H), yang terkenal dengan gelaran Imam al-Ghazali. Kitab ini adalah
karya terakhir Imam al-Ghazali., sebagai peninggalan berharga yang menjadi
wasiat bimbingan terakhir beliau bagi umat Islam, sebelum menjelang
kewafatannya.

Menurut Imam
al-Ghazali terdapat tujuh ‘aqobah (عقبة) yang mesti ditempuhi oleh setiap hamba untuk meningkatkan kualiti ibadahnya
kepada Allah
SWT. Dalam teks Indonesia ‘aqobah
diterjemahkan sebagai tanjakan. Namun, ada juga yang menafsirkan kata ‘aqobah
dalam kitab ini sebagai metode
,
tahap
atau juga rintangan. ‘Aqabah-‘aqabah tersebut ialah ‘‘ 
  1.           ‘Aqabah
    Ilmu dan Makrifat (
    عقبة العلم)

    2.     ‘Aqabah  Taubat (عقبة التوبة)

    3.     
    ‘Aqabah
    Rintangan (
    عقبة العوائق)

    4.     
    ‘Aqabah
    Godaan (
    عقبة العوارض)

    5.     
    ‘Aqabah
    Pendorong (
    عقبة البواعث)

    6.     
    ‘Aqabah
    Celaan (
    عقبة القوادح)
    7.     
    ‘Aqabah
    Puji dan Syukur (
    عقبة الحمد والشكر)
Dengan
demikian, tema pokok dalam kitab Minhaj al-‘ Abidin ini lebih fokus dan lebih
bersifat praktis jika dibandingkan dengan kitab Ihya Ulumuddin.


Kitab
Minhaj al-‘Abidin versi Arabnya boleh dimuat turun di
Sini  atau Sini.

Terjemahan kitab ini telah diterbitkan
oleh pelbagai penerbitan sama ada di Malaysia mau pun di Indonesia. Sekadar
contoh, bagi buku terjemahan dalam bahasa Indonesia boleh layari “Terjemahan Minhaj al-‘Abidin”.


Semoga
bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top