
S: Apakah hukum mengadakan majlis sambutan Mawlid Nabi SAW dan berkumpul baginya?
J: Mengadakan sambutan mawlid yang mana ianya adalah acara memperingati khabar-khabar yang datang mengenai sejarah awal kehidupan Junjungan Nabi SAW (yakni mulai awal kelahiran baginda), apa-apa yang berlaku tatkala kelahiran baginda dari segala tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat yang berlaku dan menghimpunkan orang atas tujuan tersebut adalah daripada bid`ah – bid`ah yang baik (hasanah) yang diberi pahala atasnya akan orang yang melakukannya. Ini adalah kerana sambutan-sambutan mawlid tersebut mengandungi penta’dziman terhadap kedudukan Junjungan Nabi SAW serta penzahiran kegembiraan dan kesukaan atas kelahiran baginda yang mulia, di samping memberikan makanan (bersedekah) dan seumpamanya dari pelbagai bentuk ibadah untuk bertaqarrub kepada Allah dan yang menyebabkan kegembiraan (yakni yang menggembirakan semua pihak di dunia dan di akhirat).
Maka malanglah sesiapa yang enggan mengadakan peringatan – peringatan untuk membesarkan Junjungan Nabi SAW. Kawe menyeru kekawan yang di Indera Kayangan agar melepaskan pegangan yang memandang serong terhadap sambutan-sambutan Mawlid Junjungan Nabi dan hendaklah kamu adakan sambutan hatta peringkat negeri sebagaimana di negeri-negeri lain dalam Malaysia. Kata 1 Malaysia, awat hang pa tak ikut !!!!! Mufti hang pa la ni sure tak kata apa kalu hang pa dok pakat buat ramai-ramai, sebab mufti tu lambat laun akan balik jugak kat Darul Hana.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.