al-Muntaqa min Akhabar Mushthafa

Kitab al-Muntaqa min Akhbar Mustafa

Kitab al-Muntaqa min Akhabar Mushthafa (المنتقى من أخبار مصطفى) merupakan karya Syaikh
al-Islam Majduddin Abu al-Barakât Abdul Salam bin Abdullah bin Abu al-Qâsim bin
Abdullah Ibnu Taimiyyah (653H). Beliau merupakan datuk kepada Syaikh al-Islam
Taqiyuddin Ahmad bin Abdul Halim bin Majduddin Abdul Salam al-Harrani. Menurut
Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitabnya Dzail
Thabaqât al-Hanabilah
, ketika menerangkan biografi Majduddin ibnu Taimiyah
menyebutkan bahawa kitab al-Muntaqa merupakan ringkasan dari karya Majduddin
sendiri iaitu kitab al-Ahkâm al-Kubra. 
Kitab al-Muntaqa ini mengandungi 5029
hadits yang menjadi sumber hukum-hukum fiqh. Ia disusun sesuai mengikut tertib
bab-bab pembahasan fiqh, dengan mencantumkan nama-nama ulama yang mengeluarkannya
tanpa menjelaskan darjat atau status hadits tersebut. 

Selain judul di atas, Kitab al-Muntaqa ini telah diterbitkan dengan beberapa judul, antaranya;
     1.  Muntaqa al-Akhbar min Ahadits Sayyid al-Akhyar
     2.  al-Muntaqa fi al-Ahkam al-Syar’iyyah min Kalam Khair al-Bariyyah saw
Ramai para Ulama yang menghuraikan (mensyarah) kitab ini, antaranya;
  1. al-Imam
    Muhammad bin Ahmad bin Abdul Hadi Al-Maqdisi wafat tahun 744 H.



  2. al-Allamah
    Sirajuddin Umar bin Ali bin al-Mulaqqin wafat tahun 804 H, namun beliau tidak
    sempat menyelesaikan syarahnya.



  3. Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhsin al-Qadhi al-Hanbali
    wafat tahun 771 H. Namun beliau juga tidak sempat menyempurnakan
    syarahnya.



  4. al-Qadhi Muhammad bin ‘Ali al-Syaukani wafat
    tahun 1255H. Karya beliau berjudul Nailul Authar Syarh Muntaqa al-Akhbâr.
    Imam Syaukani dalam Syarahnya banyak mengambil metod dan meringkas
    penjelasannya dari kitab Fathul Bâri Syarh Shahih al-Bukhari,
    iaitu karya al-hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani
    dalam masalah Fiqhiyyah.
    Juga dalam meringkas takhrij hadits cukup bagus dan baik.



  5. Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin mensyarah
    juz pertama dari kitab al-Muntaqa iaitu sampai masalah Jâmi’
    Ad’iya` manshushun ‘Alaiha Fi ash-Shalat
    dan telah dicetak tahun 1426
    H oleh Dâr Al-Muhaddits. 



, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top