وعن سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قال: قلت يَا رَسُوْلَ اللهِ حَدِّثْنِيْ بِأَمْرٍ أَعْتَصِمُ بِهِ قالَ : قُلْ رَبِّيَ اللهُ، ثُمَّ اسْتَقِمْ قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ مَا أَخْوفُ مَا تَخَافُ عَلَيَّ؟ فَأَخَذَ بِلِسَانِ نَفْسِهِ ، ثُمَّ قَال : هَذَا
Daripada Sufyan Ibnu ‘Abdillâh radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata: “Aku berkata: “Wahai Rasûlullâh, ajarkanlah aku tentang sesuatu yang aku jadikan sebagai pegangan!” Baginda bersabda: “Katakanlah, Allâh adalah Tuhanku, kemudian istiqamahlah (dengan kalimat tadi). Aku berkata: “Wahai Rasûlullâh perkara apa yang paling engkau takutkan atasku?” Maka Rasûlullâh SAW memegang lidahnya kemudian bersabda: “Ini!” (HR Tirmizi No: 1965) Status Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Hadis ini menggambarkan nasihat Rasulullah SAW kepada sahabat mengenai perkara penting dalam menjaga keimanan dan kehidupan sebagai seorang Muslim iaitu menyatakan keimanan kepada Allah dengan penuh yakin dan beristiqamah di atas jalannya di samping memberi amaran tentang bahaya lisan.
2. Keimanan kepada Allah dengan mengesakan-Nya dalam ibadah, ketaatan dan pergantungan menjadi asas dalam kehidupan Muslim.
3. Istiqamah dalam ketaatan kepada Allah dan sentiasa memperbaiki diri dengan melaksanakan amal soleh dan menjauhi larangan adalah dituntut sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT.
4. Istiqamah tidak bermaksud melakukan amal yang banyak dalam satu masa, tetapi melakukan amal yang sedikit namun berterusan. Allah lebih mencintai amalan yang berterusan walaupun kecil.
5. Rasulullah SAW memberi amaran bahawa lidah adalah salah satu bahagian tubuh yang paling berbahaya jika tidak dijaga. Banyak dosa besar berkaitan dengan lisan, dan ini memerlukan seorang Muslim untuk berhati-hati dalam setiap perkataannya.
6. Seorang Muslim dituntut berkata perkara yang baik atau diam jika tiada perkara baik untuk diperkatakan. Rasulullah SAW mengingatkan:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” (HR Bukhari No: 5673)
, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.