
Mengadakan pesta arak, atas apa jua nama sekalipun, adalah perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia. Perlembagaan kita dengan jelas menyatakan bahawa agama persekutuan adalah Islam. Maka sewajarnya semua rakyat mestilah menghormati kedudukan Islam dalam negara ini. Jika tidak mahu, maka sila belah dari Malaysia. Menganjur pesta-pesta arak secara terbuka adalah tindakan mencabar kesucian Islam dan keluhuran perlembagaan Malaysia. Pesta pora arak yang dicuplik daripada budaya barat yang diadaptasi daripada budaya iblis dan setan bukanlah satu budaya positif yang perlu diterap dalam masyarakat kita. Jika pun dikatakan bahawa perbuatan minum arak itu “dosa pribadi”, namun melakukannya secara terbuka di tempat awam, apatah lagi mengajak orang lain dan mengiklankannya secara terbuka, menjadikannya sebagai “dosa awam” yang mesti dibanteras.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya [Surah al-Maa-idah: 90 ]



, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.