al-Nawawi

Fatawa al-Imam al-Nawawi (فتاوى الإمام النووي)

Kitab Fatawa al-Imam al-Nawawi (فتاوى الإمام النوويyang juga dikenali sebagai  al-Masaa-il Mantsurah” ( المسائل المنثورة ), merupakan
kumpulan fatwa Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H)
yang disusun oleh salah seorang murid beliau, iaitu Imam al-Hafizh ‘Alauddin ‘Ali bin Ibrahim Ibn al-‘Aththar al-Dimasyqi (654-724H).


Kitab ini merupakan sumber rujukan penting dalam bidang fiqh mazhab al-Syafi’i. Kitab ini disusun mengikut bab-bab fiqh seperti ibadat, jual beli dan
sebagainya. Di samping bidang fiqh, terdapat juga beberapa masalah lain yang
tidak berkaitan dengan fiqh, yang dimasukkan di akhir kitab ini.


Kandungan kitab ini juga agak unik, kerana terdapat beberapa masalah fiqh
yang disebutkan dalam kitab ini yang tidak terdapat dalam mana-mana kitab karya
al-Nawawi yang lain. Bilangan fatwa Imam al-Nawawi yang terdapat dalam kitab ini sebanyak 363 buah.


Kitab fatwa ini, boleh dimuat turun melalui pautan  فتاوى الإمام النووي. Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top