

Kelebihan dua bait tersebut sudah masyhur di sisi para ulama kita. Mereka menukilkannya dan menganjur agar ianya dibaca dan diamalkan menjadi wirid. Di antara yang menukilkannya daripada kalangan ulama Melayu adalah Syaikh Abdul Qadir al-Mandili rahimahullah yang menukil kelebihan dua bait tersebut dalam kitab amalan dan doa susunan beliau yang berjodol Senjata Tok Haji & Tok Lebai pada halaman 79. Beliau menulis: (Faedah) tersebut di dalam I`aanatuth Thaalibin dinukil daripada Sayyidi ‘Abdul Wahhab asy-Sya`raani bahawasa mereka yang mengekalkan membaca dua bait ini pada tiap-tiap hari Jumaat nescaya mematikan akan dia oleh Allah ta`ala atas Ugama Islam daripada ketiadaan syak …… Dan dinukil daripada setengah ulama bahawasanya dibaca 5 kali kemudian daripada Jumaat.

KH Husein Qadri rahimahullah pula dalam Senjata Mukmin pada halaman 94 menukil sebagai berikut: Dua bait syair dibaca Hari Jumaat. Telah berkata asy-Syaikh ‘Abdul Wahhab asy-Sya’raani rahimahullahu ta`ala: “Barangsiapa mengekali membaca dua bait syair ini tiap-tiap hari Jumaat, lima kali, nescaya dimatikan ia atas Agama Islam dengan tiada syak.”

Manakala di kalangan ulama kita di Timur Tengah, kita nukil daripada Syaikhul Islam, Imam Ibrahim al-Bajuri rahimahullah yang menyebutnya dalam karya fiqh beliau yang masyhur, Hasyiah al-Bajuri ‘ala Ibni Qasim al-Ghazi. Pada juz 2 halaman 223-224 dinyatakan: (Faedah) daripada Sayyidi ‘Abdul Wahhab asy-Sya’raani nafa`anallahu bihi bahawa sesiapa yang mengekali membaca dua bait ini pada setiap hari Jumaat, nescaya dimatikan Allah akan dia atas Islam tanpa syak …….. Dan dinukil daripada sebahagian ulama bahawasanya dibaca 5 kali selepas shalat Jumaat.
Dan faqir akhiri dengan menukil daripada gurunya para ulama kita, Sidi Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi rahimahullah dalam I`aanatuth Thaalibin, jilid 2, halaman 106, di mana dinyatakan sebagai berikut:-

Daripada Sayyidi ‘Abdul Wahhab asy-Sya’raani – nafa`anaAllahu bihi – bahawa sesiapa yang mengekali membaca dua bait ini pada setiap hari Jumaat, nescaya dimatikan Allah akan dia atas Islam tanpa syak …….. Dan dinukil daripada sebahagian ulama bahawasanya dibaca 5 kali selepas shalat Jumaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.