Amalan

Doa Nishfu Sya’baan

Alhamdulillah, diberi kesempatan kita untuk bertemu lagi dengan satu malam yang berkat, malam Nishfu Sya’baan. Maka telah menjadi kebiasaan bagi umat Islam di serata dunia untuk menyambutnya dengan melakukan berbagai ibadah nafilah seperti memperbanyakkan shalat, berzikir, berdoa dan membaca al-Quran. Antara amalan yang lazim diamalkan bukan sahaja oleh kita di Nusantara, tapi juga di tempat-tempat umat Islam yang lain, adalah membaca surah Yaasin tiga kali dengan diiringi doa yang masyhur disebut sebagai “Doa Nishfu Sya’baan“. 
Pada entri ini, faqir hanya ingin berkongsi bahawa bahagian utama dari Doa Nishfu Sya’baan tersebut adalah cuplikan daripada doa yang dinisbahkan kepada sahabat besar Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, iaitu Sayyidina ‘Abdullah ibnu Mas`ud radhiyaAllahu `anhu. Imam as-Sayuthi rahimahullah dalam tafsir ” ad-Durrul Mantsur fit Tafsir bil Ma’tsur” juzuk ke-8 halaman 471 mencatat seperti berikut:-

Dan telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam “al-Mushannaf” dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam “ad-Du`a” daripada Sayyidina Abdullah ibni Mas`ud radhiyaAllahu `anhu yang berkata: “Tidak berdoa seseorang hamba dengan doa-doa ini melainkan dilapangkan Allah baginya penghidupannya.” …. (lalu didatangkan doa tersebut yang diakhiri ayat 39 surah ar-Ra’d).

Walaupun riwayat tersebut dinilai dhaif dan dalamnya tiada pengkhususan agar doa tersebut dibaca pada malam Nishfu Sya’baan, ianya tetap boleh diamalkan samada pada malam tersebut atau pada barang mana masa yang dikehendaki. Apa yang tidak wajar adalah benci melihat umat yang giat beramal ibadah dengan alasan ianya bid`ah. Dan kita selaku pencinta pewaris para Nabi, teruskanlah beramal menurut ajaran para pendahulu kita daripada kalangan ulama yang `amilin lagi mukhlasin. Tok sey baloh deh !!!

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top