
Sekadar mengisi ruang masa dengan memperhalusi satu permasalahan yang disebut dalam kitab-kitab fiqh kita. Masalah berhubungkait dengan doa berbuka, namun dalam ruang ini, faqir tidak berhasrat untuk mempolemikkan antara doa sahih dan doa dhaif, tak kuasa nak layan, yang penting kalau dhaif sekalipun tiada siapa daripada kalangan ulama yang muktabar mengharamkannya.

(Dan sunnat) kemudian daripada berbuka puasa membaca (Allahumma laka shumtu wa `ala rizqika afthartu) yakni Hai Tuhanku keranaMu jua aku puasa dan atas rezekiMu aku berbuka puasa. (Dan lagi) sunnat membaca (Allahumma dzahabazh zhamaa-u wabtallatil ‘uruuqu wa tsabatal ajru, in sya Allahu ta`ala) yakni Hai Tuhanku telah hilanglah dahaga dan basahlah sekalian urat dan sabitlah pahala, in sya Allahu ta`ala).
(Dan) bahawasanya (dia membaca (`aqiba) selepas) adalah lebih awla daripada perkataannya (`inda) ketika ( berbukanya: Allahumma laka shumtu wa `ala rizqika afthartu) [yakni membaca doa tersebut selepas berbuka adalah lebih awla daripada membaca ketika berbuka, iaitu sebelum berbuka].
Penjelasan yang serupa dapat dijumpai dalam Minhajul Qawwim yang menyatakan:-
(dan) mustahab (bagi orang yang berpuasa berdoa (`indahu) ketika berbuka) yakni (ba’dal fithr) selepas berbuka (Allahumma laka shumtu wa `ala rizqika afthartu)…..
Dan sebagai penutupnya kami datangkan juga perkataan Sidi Syatha ad-Dimyathi dalam ‘I`aanatuth Thalibin sebagai berikut:-

(Dan perkataannya: dan dia sunnat berdoa) iaitu orang yang berbuka (dan perkataannya: (`aqibal fithr) selepas berbuka) iaitu selepas sesuatu yang menghasilkan dengannya perbuatan berbuka, dan bukannya sebelumnya dan bukan juga ketika (yakni menyertainya) (perkataannya : Allahumma laka shumtu) …..
Oleh itu, diharap jelas bahawa doa berbuka tersebut didatangkan setelah berbuka dan bukannya sebelum berbuka dan bukan juga ketika berbuka. Inilah yang awla. Berbukalah dulu, makan dulu buah tamarnya, kunyah biar lumat, kasi telan biar masuk dalam perut, selepas telan barulah kita berdoa: Allahumma laka shumtu, wa `ala rizqika afthartu (Ya Allah, keranaMu aku telah menjalani ibadah puasa dan atas rezekiMulah aku telah berbuka). Manakala ketika menunggu waktu berbuka, banyakkanlah doa – doa lain yang elok dan baik kerana itu antara masa yang mustajab berdoa. Ketika berbuka bacalah basmallah dan doa makan sekadarnya, kemudian setelah berbuka seperti di atas barulah membaca doa berbuka. Inilah kaifiat yang awla bagi mendatangkan doa berbuka puasa sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.