Uncategorized

Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan

Khamis, 5 Safar 1444H: Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ
اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا
وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Daripada Abu Dzar RA ia
berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: “Bertakwalah kamu
kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan
dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergaulilah manusia
dengan akhlak yang baik.” 

(Sunan Tirmizi No: 1910) Status: Hadis Hasan
Sahih.

Pengajaran:

1.Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana-mana sahaja berada dan dalam setiap waktu.

2.Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.

3.Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan diri diawasi oleh Allah.

4.Abu
Darda berkata: Taqwa yang paling sempurna ialah seorang hamba yang
takut kepada Allah hinggakan dalam urusan seberat zarahpun dia masih
takut. Setengah perkara yang halal pun ditinggalkan kerana takut ia
menjadi haram.

5.Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi
penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan seperti beristighfar,
berwuduk, solat, sedekah dan sebagainya.

6.Berakhlak baiklah
dalam pergaulan sesama manusia sama ada ahli keluarga, jiran tetangga,
rakan sepejabat mahupun anggota masyarakat yang Muslim dan Non Muslim.

7.Jagalah
akhlak dalam perhubungan sesama kita dalam organisasi dan masyarakat.
Elakkan umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan
sebagainya.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top