al-Talkhish

al-Talkhish li Ibn al-Qash


Kitab al-Talkhish
(
التلخيض) atau al-Talkhish li Ibn al-Qash (التلخيص لابن القاص) adalah sebuah karya
fiqh berdasarkan Mazhab Syafi’i yang disusun  oleh al-Imam Abu al-‘Abbas, Ahmad bin Abu
Ahmad al-Thabari al-Baghdadi al-Syafi’i (335H/946M) yang terkenal dengan
gelaran Ibn al-Qash. Beliau merupakan seorang tokoh utama mazhab Syafi’i pada
zamannya yang termasuk dalam kategori Ashab
al-Wujuh
.


Di
antara karya Ibn al-Qash yang lain ialah kitab Adab al-Qadhi (Adab al-Qadha), al-Mawaqit, al-Miftah[1],
Dala-il al-Qiblah
dan Nushrah
al-Qawlain li al-Imam al-Syafi’i
.

Kitab ini memuatkan
beberapa permasalahan fiqh yang merangkumi hampir keseluruhan perbahasan fiqh
yang biasa dibincangkan dalam karya-karya fiqh. Kitab ini dimulai dengan “Kitab al-Thaharah” dan berakhir dengan “Kitab ‘Itq Ummahat al-Awlad”.


Antara kitab syarah
(huraian) bagi kitab al-Talkhish yang pernah disusun oleh para ulama
terkemudian ialah; 

a) Syarh al-Talkhish, karya Abu Abdullah
al-Khatan,  Muhammad bin al-Hasan bin
Ibrahim al-Istirabazi al-Jurjani (311-386H / 996M)           

b)   Syarh Talkhish Ibn al-Qash, karya al-Imam Abu Bakr Abdullah bin
Ahmad bin Abdullah al-Marwazi 
al-Khurasani  (327-417H), yang terkenal
dengan gelaran al-Qaffal al-Shaghir  atau
al-Qaffal al-Marwazi[2]

c)   Syarh al-Talkhish, karya Abu Ali Husain bin Syu’aib bin Muhammad
al-Sinji 
(406H)[3] .

Bagi memuat turun kitab
ini sila klik
التلخيص لابن القاص. Semoga bermanfaat.



[1] Di antara ulama yang menghuraikan kitab al-Miftah ialah; 
a)    
al-Qadhi
Abu ‘Ali, al-Hasan bin Muhammad bin al-‘Abbas al-Zujaji al-Thabari (447H) melalui
kitabnya yang berjudul  Ziyadat al-Miftah  atau juga dikenali dengan judul al-Tahzib. Beliau adalah murid kepada
Ibn al-Qash. 
b)    
 Abu Mansur Abdul Qahhir bin Thahir bin
Muhammad al-Baghdadi (429H). 
c)     
Abu
al-Khair al-Maqdisi, Salamah bin Ismail bin Jama’ah (480H). 
d)    
Muhammad
bin Abdul Malik bin Khalaf, Abu Khalaf al-Sulma al-Thabari (470H)
[2] Antara karya beliau
yang lain ialah Syarh al-Furu’ li Ibn al-Haddad[3] dan Syarh Kitab ‘Uyun
al-Masail li Abi Bakr al-Farisi.

[3] Antara karya beliau
yang lain ialah Syarh Mukhtashar al-Muzani dan 
Syarh al-Furu’ li Ibn al-Haddad.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top