al-Lubab

al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’i


[kitabklasik324.jpg]Kitab al-Lubab fi  al-Fiqh al-Syafi’iللباب في الفقه الشافعي) merupakan sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi’i karya al-Imam al-Qadhi Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ). Kitab al-Lubab merupakan antara kitab yang menjadi rujukan utama para ulama terdahulu dalam fiqh al-Syafi’i. Isi kandungan kitab ini telah disebutkan oleh beberapa ulama terkemudian dalam beberapa karya mereka ketika menghuraikan masalah fiqh.

Para ulama mutaakhir di kalangan mazhab al-Syafi’i begitu mengambil berat terhadap kitab al-Lubab. al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H ) merupakan ulama pertama yang telah meringkaskan kitab al-Lubab dengan karyanya yang berjudul “ Tanqih al-Lubab ”.
`
Kitab Tanqih al-Lubab ini, kemudiannya telah dihuraikan (disyarah) oleh beberapa ulama, antara;

1. Burhanuddin Ibrahim bin Musa al-Karki al-Syafi’i (853H)
2. Jalaluddin Muhammad bin Abdul Rahman al-Shiddiqi al-Syafi’i (891H)

Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H) telah meringkaskan kitab Tanqih al-Lubab melalui karyanya “ Tahrir Tanqih al-Lubab ”. Beliau, kemudiannya telah menghuraikan kitabnya tersebut dengan karyanya yang lain, iaitu Kitab Syarh al-Tahrir atau judul sebenarnya  Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab ”.

Selain beliau, kitab Tahrir Tanqih al-Lubab juga telah disyarahkan  oleh beberapa ulama, antaranya;

1. al-Imam Syamsuddin, Muhammad bin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad     Syihabuddin al-Ramli al-Munufi, yang terkenal sebagai al-Syafi’i al-Shaghir (919-1004 H).

2. al-Imam Zaynuddin ‘Abdul Rauf bin ‘Ali al-Munawi al-Syafi’i (1031H)  dengan karyanya yang 

berjudul “Ihsan al-Taqrir bi Syarh al-Tahrir

Manakala Kitab Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, karya Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari di atas, telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa ulama, antaranya;

1. Syihabuddin bin Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi (1069H).
2. Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Syawbari al-Syafi’i (1069H).
3. ‘Abdul Bar binAbdullah al-Ajhuri (1072H), dengan karyanya “Manhah al-Ahbab bi  Syarh Tuhfah al-Thullab”
4. Syamsuddin Muhammad bin Dawud bin Sulaiman al-‘Inani (1098H), dengan karyanya “Fath al-Karim al-Wahhab ‘ala Syarh Tanqih al-Lubab
5. Hasan bin ‘Ali bin Ahmad al-Manthawi al-Mudabighi al-Syafi’i (1170H).

6.

‘Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H), dengan kitabnya “Hasyiah ‘ala Tuhfah al-Thullab bi Syarh. Tanqih al-Lubab”.

Download Kitab al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’i di pautan berikut; 
http://www.almeshkat.net/books/archive/books/lubab2.zip

https://archive.org/download/25926/25926.pdf

Semoga bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top