![[kitabklasik324.jpg]](https://keimanan.com/wp-content/uploads/2024/10/kitabklasik324.jpg)
Para ulama mutaakhir di kalangan mazhab al-Syafi’i begitu mengambil berat terhadap kitab al-Lubab. al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H ) merupakan ulama pertama yang telah meringkaskan kitab al-Lubab dengan karyanya yang berjudul “ Tanqih al-Lubab ”.
1. Burhanuddin Ibrahim bin Musa al-Karki al-Syafi’i (853H)
2. Jalaluddin Muhammad bin Abdul Rahman al-Shiddiqi al-Syafi’i (891H)
Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H) telah meringkaskan kitab Tanqih al-Lubab melalui karyanya “ Tahrir Tanqih al-Lubab ”. Beliau, kemudiannya telah menghuraikan kitabnya tersebut dengan karyanya yang lain, iaitu Kitab Syarh al-Tahrir atau judul sebenarnya “Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab ”.
1. al-Imam Syamsuddin, Muhammad bin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad Syihabuddin al-Ramli al-Munufi, yang terkenal sebagai al-Syafi’i al-Shaghir (919-1004 H).
2. al-Imam Zaynuddin ‘Abdul Rauf bin ‘Ali al-Munawi al-Syafi’i (1031H) dengan karyanya yang
berjudul “Ihsan al-Taqrir bi Syarh al-Tahrir“
Manakala Kitab Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, karya Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari di atas, telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa ulama, antaranya;
1. Syihabuddin bin Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi (1069H).
2. Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Syawbari al-Syafi’i (1069H).
3. ‘Abdul Bar binAbdullah al-Ajhuri (1072H), dengan karyanya “Manhah al-Ahbab bi Syarh Tuhfah al-Thullab”
4. Syamsuddin Muhammad bin Dawud bin Sulaiman al-‘Inani (1098H), dengan karyanya “Fath al-Karim al-Wahhab ‘ala Syarh Tanqih al-Lubab“
5. Hasan bin ‘Ali bin Ahmad al-Manthawi al-Mudabighi al-Syafi’i (1170H).
‘Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H), dengan kitabnya “Hasyiah ‘ala Tuhfah al-Thullab bi Syarh. Tanqih al-Lubab”.
http://www.almeshkat.net/books/archive/books/lubab2.zip

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.