al-Fatawa al-fiqhiyyah al-kubra

al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra


Kitab
al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra  ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i (
الفتاوى الفقهية الكبرى على مذهب الإمام الشافعي) merupakan sebuah kitab fiqh dalam mazhab
al-Syafi’i yang menghimpunkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh oleh Syaikhul
Islam al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar
al-Haytami al-Sa’di al-Anshari (974H) atau gelaran ringkasnya Ibn Hajar
al-Haytami – dalam berbagai permasalahan agama yang penting.


Kitab
ini sebenarnya tidak disusun sendiri oleh Ibn Hajar al-Haytami dalam bentuk
kitab sebagaimana yang ada sekarang. Kitab yang menghimpunkan  fatwa-fatwa Ibn Hajar al-Haytami ini diusahakan
penyusunannya oleh seorang murid beliau, yang bernama al-‘Allamah al-Syaikh ‘Abdul
Qadir bin Ahmad bin ‘Ali al-Fakihi al-Makki al-Syafi’i (920-982H).


Kandungan
kitab ini disusun dalam bentuk soal jawab, iaitu soalan dari penanya dan
diikuti dengan jawapan oleh Ibn Hajar al-Haytami. Sebagaimana dengan kitab fiqh
yang lain, kitab ini juga disusun mengikut “Kitab” dan “Bab” fiqh. Ketika
menjawab persoalan atau permasalahan yang dikemukakan oleh penanya, Ibn Hajar
al-Haytami telah menyebutkan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab
al-Syafi’i, tanpa menyebut pandangan mazhab mazhab-mazhab yang lain.


Dalam
permasalahan tertentu,  beliau tidak
menyebutkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-sunnah sebagai hujah fatwanya,
tetapi memadai dengan membawakan pandangan para tokoh ulama (kibar ‘ulama)
mazhab al-Syafi’i.


Kitab
ini sangat terkenal di kalangan ulama mazhab al-Syafi’i mutaakhirin sebagai
rujukan fatwa bagi menyelesai sesuatu permaslahan yang timbul dalam masyarakat.
Kitab ini telah diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan di Timur Tengah dalam
4 jiid.


Muat
turun kitab ini di pautan  
http://www.feqhweb.com/vb/t17981.html.
Semoga catatan ringkas ini bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top