'Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik

‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik


Kitab “ ‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik (عمدة السالك وعدة الناسك)”
adalah sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam
al-‘Allamah Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Naqib al-Mishri (702-769H).
Beliau terkenal dengan gelaran Ibnu al-Naqib al-Mishri.

Dalam
pendahuluan kitab ini, Ibn al-Naqib al-Mishri menerangkan bahawa kitab ini merupakan
sebuah ringkasan bagi fiqh mazhab Syafi’i. Kandungan  kitab ini disusun berdasarkan pendapat yang
terpilih (yang sahih) dalam mazhab Syafi’i mengikut pendapat Imam  al-Rafi’i r.h 
dan  Imam al-Nawawi r.h, atau pendapat
salah seorang daripada mereka berdua. Jika wujud perbezaan pendapat di antara
mereka berdua dalam sesuatu masalah, maka penyusun kitab ini akan mendahulukan
pendapat Imam al-Nawawi r.h.





Kitab-kitab  Syarah (huraian) bagi kitab ‘Umdah al-Salik;



Kitab
ini telah disyarah oleh beberapa ulama, antaranya;  



(1) Syeikh
Umar Barakat al-Syami al-Baqa’iy (1313H) dengan karyanya “Fayd al-Ilah  al- Malik Syarh
‘Umdah al-Salik
”, 



(2) al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad al-Zuhri bin Mustafa al-Ghumrawi () dengan karyanya “Anwar al-Masalik Syarh ‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik ”. 


(3) al-‘Allamah al-Syaikh Dr Musthafa Dib al-Bugha al-Dimasyqi al-Syafi’i (1938-) dengan dua buah
karyanya “Tanwir Masalik bi Syarah wa Adillah ‘Umdah  al-Salik” dan “Tashil al-Masalik bi Syarh wa Tazhib ‘Umdah
al-Salik
”. 
Terjemahan kitab “ ‘Umdah
al-Salik”

Kitab
‘Umdah al-Salik telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh Syaikh Nuh Ha
Mim Keller, seorang ulama terkenal yang dilahirkan pada tahun 1954 di  Amerika Syarikat. Beliau berkelulusan dalam
bidang Falsafah dan Bahasa Arab dari Universiti Chicago dan UCLA. Beliau
memasuki Universiti al-Azhar pada tahun 1977. Beliau juga meneruskan
pembelajaran dalam pelbagai keilmuan Islam seperti ilmu hadis, fiqh mazhab
Syafi’i dan Hanafi, usul Fiqh dan aqidah daripada beberapa ulama di Syria dan
Jordan.

Beliau
telah menterjemah kitab ‘Umdah al-Salik ke dalam bahasa Inggeris dengan judul “
The
Reliance of the Traveller
”. Terjemahan ini merupakan usaha
penterjemahan yang pertama kali pernah dilakukan ke dalam bahasa Eropah. Usaha
murni beliau ini telah mendapat pengiktirafan dari Universiti al-Azhar, Mesir.


Kitab
‘Umdah
al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik
boleh dimuat turun di pautan berikut; http://waqfeya.com/book.php?bid=6733

http://www.feqhup.com/uploads/13590747541.pdf

Semoga
bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top