'Umdah al-Qari

‘Umdah al-Qari (عمدة القاري)

Kitab ‘Umdah
al-Qari Syarh Shahih al-Bukhari (
عمدة القاري شرح
صحيح البخاري
merupakan kitab syarah bagi itab Shahih al-Bukhari
hasil karya al-Imam 
Badr al-Din al-‘Aini
(855H)
. Beliau seorang ulama bermazhab
Hanafi yang 
hidup sezaman dengan
al-Hafizh Ibn Hajar a
l-‘Asqalani
(773-852H). 

Dalam
kitab 
Umdah alQari ini, Imam al-‘Aini telah mengkritik kitab Fath
al-Bari (فتح الباري) karya Ibn
Hajar al-‘Asqalani
. Malah kitab ini
dikarang sebagai satu kritikan terhadap Fath al-Bari yang dianggap oleh
al-‘Aini sebagai lebih cenderung menyokong pendapat mazhab Syafi’i dalam
sesuatu isu yang melibatkan pandangan fikah.


Dalam Umdah alQari, alAini juga
mengkrit
ik khutbah
Ibnu Hajar dalam muqadimah Fath 
alBari. Ibn Hajar
al-‘Asqalani 
telah menjawab kritikan tersebut dalam kitabnya Intiqadh al-I’tiradh (انتقاض الاعتراض)namun beliau tidak sempat menyempurnakannya, kerana meninggal lebih
awal
Walau
bagaimanapun, para 
 ulama
menilai bah
awa jawapan Ibnu Hajar al-‘Asqalani terhadap kritikan itu amat
kuat.


Secara
fi
zikalnya, kitab
ini 
‘Umdah al-Qari lebih besar dan tebal, jika dibandingkan dengan
Fath
 al-Bari.
Walau begitu, sebahagian ulama menilai bahawa al-‘Aini ketika
menyusun kitab ‘Umdah al-Qari juga banyak merujuk dari Fath al-Bari.
Oleh sebab itulah, Syeikh Zahid al-Kautsari, ulama Daulah Utsmaniyah yang
bermazhab Hanafi berpendapat bahawa ‘Umdah al-Qari lebih lengkap dari
Fath al-Bari. 

Kitab
‘Umdah al-Qari boleh dimuat turun di pautan  
عمدة القاري

Semoga
bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top