Fiqh Syafi_'iyyah

Tuhfah al-Thullab

Kitab Tuhfah al-Thullab () atau judul
penuhnya Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab  merupakan
karya Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin
Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H). Kitab ini adalah
huraian (syarah) Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari bagi sebuah karya beliau
sendiri, yang berjudul 
Tahrir Tanqih al-Lubab (تحربر تنقيه اللباب)”.
Oleh itu, kitab Tuhfah al-Thullab juga lebih dikenali sebagai kitab Syarh
al-Tahrir
.  
Manakala Kitab Tahrir Tanqih al-Lubab pula adalah
ringkasan (mukhtashar) bagi Kitab Tanqih al-Lubab
 (تنقيه اللباب) Tanqih al-Lubab
karya al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi
(762-826H ), iaitu sebuah ringkasan bagi kitab karya Imam Abu al-Hasan Ahmad
bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ) yang
berjudul al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’ (
اللباب في الفقه الشافعي)
http://abusyahmin.blogspot.my/2013/01/al-lubab-fi-al-fiqh-al-syafii.html

Ketokohan dan keilmuan pengarangnya yang tinggi telah
mengangkat kedudukan kitab Tuhfah al-Thullab ini sebagai rujukan fiqh popular
di kalangan ulama mazhab al-Syafi’i. Kitab ini  telah diberikan
komentar (hasyiah) oleh beberapa ulama, antaranya;

1.      Syihabuddin bin
Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi (1069H).

2.      Syamsuddin
Muhammad bin Ahmad al-Syawbari al-Syafi’i (1069H).

3.      ‘Abdul Bar
binAbdullah al-Ajhuri (1072H), dengan karyanya “Minhah al-Ahbab bi
Syarh Tuhfah al-Thullab

4.      Syamsuddin
Muhammad bin Dawud bin Sulaiman al-‘Inani (1098H), dengan karyanya “Fath
al-Karim al-Wahhab ‘ala Syarh Tanqih al-Lubab
“.

5.      Hasan bin ‘Ali
bin Ahmad al-Manthawi al-Mudabighi al-Syafi’i (1170H).

6.     ‘Abdullah bin Hijazi
bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H), dengan kitabnya “Hasyiah ‘ala
Tuhfah al-Thullab bi Syarh. Tanqih al-Lubab”.

Catatan Tambahan:

Sebagai catatan tambahan, selain Kitab Tuhfah
al-Thullab karya Syaikh al-Islam ini, Kitab al-Tahrir (Tahrir Tanqih
al-Lubab) 
juga telah disyarahkan pula oleh beberapa ulama,
antaranya;

1. al-Imam Syamsuddin, Muhammad bin Abu al-‘Abbas
Ahmad bin Hamzah bin Ahmad Syihabuddin al-Ramli al-Munufi, yang terkenal
sebagai al-Syafi’i al-Shaghir (919-1004 H).

2. al-Imam Zaynuddin ‘Abdul Rauf bin ‘Ali al-Munawi
al-Syafi’i (1031H) dengan karyanya yang berjudul “Ihsan al-Taqrir bi
Syarh al-Tahrir

3. Syaikh Shadiq Habannakah
al-Maidani  dengan karyanya Syarh Tuhfah
ath-Thullab bi Syarh Tanqih al-Lubab fiy Madzhab al-Syafi’i
.

Kitab Tuhfatut Thullab Syarh Tanqih
al-Lubab
 ini boleh didowload di pautan berikut;

  • http://www.al-mostafa.info/data/arabic/depot/gap.php?file=m013587.pdf

  • http://www.al-mostafa.info/data/arabic/depot/gap.php?file=m013610.pdf

  • http://www.al-mostafa.info/data/arabic/depot3/gap.php?file=i003564.pdf

Semoga bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top