

Sungguh kitab shohih karya Imam al-Bukhari ini telah mendapat pandang istimewa para ulama. Selain dibaca untuk mendapat petunjuk daripada sabdaan Junjungan Nabi s.a.w., para ulama turut menyatakan keistimewaan lain bagi pembacaan kitab ini. Contohnya Imam ‘Abdullah bin Abi Jamrah menukilkan dalam mukhtasharnya bagi kitab tersebut menyatakan seperti berikut:-
فوقع لي أن يكون كتاب البخاري لكونه من أصحها و لكونه رحمه الله تعالى كان من الصالحين و كان مجاب الدعوة و دعا لقارئه. و قد قال لي من لقيته من القضاة الذين كانت لهم المعرفة و الرحلة عمن لقي من السادة المقر لهم بالفضل: إن كتابه ما قرئ في وقت شدة إلا فرجت و لا ركب به في مركب فغرقت قط
Aku memilih untuk menjadikan kitab al-Bukhari ini kerana ianya adalah kitab hadits yang paling shohih, juga kerana pengarangnya Imam al-Bukhari rhm. adalah seorang sholih yang mustajab doanya dan beliau telah mendoakan para pembacanya. Telah memberitahuku para qadhi yang ahli ma’rifah lagi luas perjalanan mereka (yakni dalam mencari ilmu) yang telah aku temui, daripada para pemuka agama yang diakui keutamaan mereka bahawasanya kitab Imam al-Bukhari ini tidaklah dibaca oleh seseorang pada waktu kesusahan melainkan dilepaskan dia dari kesusahan tersebut dan tidak tenggelam kenderaan yang membawa kitab tersebut sekali-kali.

Kota Zabid ini telah melahirkan ramai ulama terkemuka, antaranya ialah Imam Zainuddin Ahmad bin ‘Abdul Lathif az-Zabidi (w. 893H) . Beliau inilah yang telah menulis ringkasan Shohih al-Bukhari yang diberinya jodol “at-Tajridush Shorih li ahaadits al-Jami’ ash-Shohih“. Maka di sesetengah tempat, Khataman al-Bukhari dilaksanakan dengan membaca dan menamatkan kitab mukhtashar ini. Sungguh tradisi yang mendekatkan umat kepada kitab panduan kedua setelah al-Quran yang suci sepatutnya tetap dilestari dan dimakmurkan. Dan hendaknya mereka-mereka yang mendakwa diri mereka pengikut sunnah, jangan menuding jari kepada para ulama kami dengan menuduh mereka tidak mempedulikan hadits, bahkan para ulama kami sentiasa menjunjung tinggi sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. bahkan menjadi tradisi mereka untuk mengkhatamkan setidak-tidaknya Shohih al-Bukhari setiap tahun. Maka kamu yang mendakwa ahli hadits, berapa kali sudah kamu khatam dan telaah karya Imam Bukhari ini?

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.