Kitab yang ingin diperkenalkan secara ringkas dalam
catatan ini merupakan karya seorang ulama berketurunan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah
al-Banjari yang terkenal itu. Ulama yang berdomisil di Kedah ini tercatat nama
pada karya-karyanya ialah Sheikh Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas’udi
al-Banjari al-Qadhi. Nama popular disebut Tuan Husein Kedah. Di antara
karya-karyanya yang banyak terdapat sebuah karya hadis yang diberi judul Terjemah Hadis Jawahirul Bukhari.

Menurut pengkaji tersohor mengenai kitab jawi dan
ulama nusantara al-Marhum Ust. Haji Wan Mohd Shaghir bin Abdullah;

“ Belum
diketahui tahun berapa karya ini diselesaikan penulisan oleh Tuan Husain Kedah,
kerana yang terdapat pada penulis hanya juzuk yang pertama sama.
Cetakan pertama oleh al-Maktabah Az-Zainiyah, Taiping, Perak, 1350 H. Pada
mukadimah, Tuan Husein Kedah menyebut bahawa beliau terjemahkan daripada segala
lafaz Hadis Jawahiril Bukhari dan sebahagian daripada Syarh
al-Qastalani yang telah disebarkan oleh ulama Mesir moden, iaitu Sheikh
al-Allamah Mustafa Muhammad Imarah al-Masriyah daripada kitab Hadiqatul
Ahadisil Bukhari, lebih 700 hadis yang sahih sekeliannya. Tuan Husein
menyebut judul sebenar terjemahannya itu dengan Tazkir Qabailil Qadhi fi Tarjamatil Bukhari.

Hadis-hadis yang dibicarakan di dalam kitab ini sebahagian besarnya adalah
sama dengan yang terkandung dalam Mukhthasar Ibnu Abi Jamrah.

Terjemahan kitab ini[1] juga
terdapat dalam bahasa Melayu yang diusahakan oleh Mustafa Abdur Rahman Mahmud,
1369 H/1950 M yang diberi kata pengantar oleh Sheikh Abdullah Fahim.Walau
bagaimanapun, susunan dan model terjemahan kedua-dua kitab tersebut adalah
tidak sama. Terjemahan Mustafa Abdur Rahman Mahmud lebih banyak merujuk kepada Hasyiyah
‘ala Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah lil Bukhari oleh al-Alim al-Allamah Sheikh
Syinwani yang pernah dinobatkan sebagai Syeikhul Islam Universiti Al-Azhar ”.

Catatan di atas, merupakan petikan yang diubahsuai dari artikel yang
bertajuk: ‘ Penulisan hadis tokoh ulama nusantara’ karya al-Marhum Ust Haji Wan
Mohd Shaghir Abdullah, yang asalnya disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Mac
2009[2].

Semoga bermanfaat.
[1] Iaitu terjemahan Kitab Mukhtashar Ibn Abi Jamrah.
[2] Namun rujukan
saya hanyalah merujukkan kepada artikel yang disiarkan kembali di pautan http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/03/11/penulisan-hadis-tokoh-ulama-nusantara/#comments

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.