Amalan

Tempat Mustajab Berdoa

Syaikh Taqiyuddin Abi Thayyib Muhammad bin Ahmad al-Fasi al-Makki rahimahullah (775H – 832H) adalah seorang ulama besar, faqih, muarrikh (sejarawan) dan qadhi dalam mazhab Maliki di Mekah. Beliau memiliki banyak karya tulis dan dalam salah satunya yang berjodol “Syifaa-ul Gharaam bi Akhbaaril Baladil Haraam“, jilid 1 halaman 199, beliau rahimahullah menukilkan bahawa an-Naqqasy rahimahullah menyatakan berdoa di tempat kelahiran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam pada tengahari hari Isnin adalah mustajab.
Untuk makluman, an-Naqqasy atau nama penuhnya Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan bin Muhammad bin Ziyad bin Harun bin Ja’far al-Muqri an-Naqqasy al-Mawshili rahimahullah (266H – 351H) adalah seorang ulama tafsir yang terkemuka. Antara karya tulis beliau adalah tafsir al-Quran yang diberi nama “Syifa-ush Shudur” yang setakat ini masih dalam bentuk manuskrip.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top