Uncategorized

Tazyil ‘ala Manzhumah al-‘Iraqi Fi al-Shuwar Allati Yustahabb al-Wudhu’

 

Risalah Tazyil
‘ala Manzhumah al-‘Iraqi Fi al-Shuwar Allati Yustahabb al-Wudhu’ (
تذييل على منظومة العراقي في الصور التي يُستحبُّ فيها
الوضوء
) merupakan sebuah karya kecil susunan al-Imam al-Hafizh Jalaluddin Abdul
Rahman al-Suyuthi (849-911H).

Risalah ini
disusun oleh al-Hafizh al-Suyuthi sebagai tambahan bagi kitab
Manzhumah fi al-Shuwar allati Yastahibb Fiha al-Wudhuk (منظومة في الصور التي يستحب فيها), iaitu sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Hafizh
Zaynuddin  Abdul Rahim bin al-Husain al-‘Iraqi (806H) dalam bentuk nazam
(syair) sebanyak 10 bait. Kandungan nazam ini secara khusus menyenaraikan 40
keadaan yang disunatkan bagi umat Islam mengambil wuduk.

Kitab Manzhumah
fi al-Shuwar allati Yastahibb Fiha al-Wudhuk ini kemudiannya telah diberikan
huraian (syarah) oleh al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad (826H), iaitu anak
kepada al-Hafizh Zaynuddin al-‘Iraqi sendiri.

Dalam risalah
ini al-Hafizh  al-Suyuthi  telah menambahkan 6 keadaan lagi yang
disunatkan berwuduk, yang tidak disebutkan oleh al-Hafizh al-‘Iraqi, maupun
Imam Waliyuddin Abu Zur’ah ketika menghuraikan nazam susunan bapanya itu.

Berikut
tambahan keadaan yang disunatkan berwuduk yang disebutkan oleh al-Suyuthi dalam
bentuk nazam;

وأبرصَ أو مسٍّ
للاصنامِ فاعْدُدِ
         وسُنَّ وضوءٌ مِنْ مسيسٍ لكافرٍ

للحمِ جزورٍ
شُرْبَ دَرٍّ لهُ زدِ
         وسيلِ دمٍ معْ أكلِ ذي
النار واضمما

Imam al-Suyuthi
kemudiannya telah memberikan huraian (syarah) bagi setiap bait nazam tambahan yang
disusun oleh beliau tersebut dengan membawakan hadis-hadis sokongan. Huraian
al-Suyuthi ini oleh dibaca di pautan تذييل على منظومة العراقي في الصور التي يُستحبُّ
فيها الوضوء للسيوطي
.

Manakala kitab Manzhumah fi al-Shuwar allati
Yastahibb Fiha al-Wudhuk 
karya al-‘Iraqi dan huraiannya oleh Imam
Waliyuddin Abu Zur’ah ini boleh dimuat turun di pautan منظومة في الصور التي يستحب فيها
 

Semoga
bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top