Fiqh

Taqlid – Pandangan Ulama 1

Syaikh Muhammad Amin al-Kurdi, seorang ulama Azhar yang masyhur, dalam kitabnya “Tanwirul Qulub fi Mu`amalati ‘Allamil-Ghuyub” menyatakan antara lain:- ” Dan antara yang wajib dipegang ialah bahawasanya para imam itu semuanya `udul, dan sesiapa yang bertaqlid kepada seseorang daripada mereka mendapat kejayaan …. dan yang masyhur di antara mereka ialah Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi`i dan Ahmad r.’anhum, dan kesemua mereka adalah atas hidayah Allah. TAQLID KEPADA SEORANG DARIPADA MEREKA ADALAH FARDHU/WAJIB kerana firman Allah ta’ala: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berilmu agama (ahli dzikr) jika sekiranya kamu tidak mengetahui” (an-Nahl:43), dan kerana sabda Junjungan s.a.w. : “Hendaklah kamu bertanya apabila kamu belum mengerti”. Tidaklah harus bertaqlid kepada selain mereka (yakni kepada selain Imam mazhab 4 tersebut)….kerana mazhab-mazhab selain yang 4 tersebut tidak dibukukan (dengan sempurna) dan tidak dapat dipastikan dengan tepat (akan pendapat mereka)…Sesiapa yang tidak bertaqlid kepada salah seorang daripada mereka dan berkata bahawa “Aku beramal dengan al-Quran dan as-Sunnah” serta mendakwa telah memahami hukum-hakam terus daripada dua sember tersebut, maka tiada keselamatan baginya, bahkan dia bersalah lagi sesat-menyesatkan, terutama sekali di zaman ini yang telah merata kefasiqan dan banyaknya dakwaan-dakwaan batil, kerana dia telah menganggap dirinya lebih unggul daripada imam-imam tersebut sedangkan dia lebih rendah daripada mereka dari segi ilmu, amal, ‘adalah dan al-‘ithlaa’…….”

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top