Uncategorized

Tanggungjawab Orang Beriman

 Khamis, 01hb Rabiul Akhir 1444H. Tanggungjawab Orang Beriman

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي
قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ
يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ
اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ
قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ
فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ
فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى
فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ
وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ
لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Daripada Ibnu Abbas RA
berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada Mu’adz bin Jabal RA ketika
baginda mengutusnya ke Yaman: “Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum
Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani), jika kamu sudah mendatangi mereka maka
ajaklah mereka itu untuk mengucap syahadah bersaksi bahawa tidak ada
Illah yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah
utusan Allah. 

Jika mereka mengikuti seruan kamu, maka hendaklah kamu
beritahu kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan bagi mereka solat
lima waktu sehari semalam. Jika mereka mengikuti seruan kamu, maka
beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang
diambil dari kalangan orang mampu dari mereka untuk diagihkan kepada
orang yang fakir dari kalangan mereka. 

Jika mereka mentaati kamu dalam
hal itu maka janganlah kamu mengambil harta-harta terhormat mereka dan
takutlah terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara dia dan Allah
tidak ada hijab (sekatan yang menghalangi)”

(HR Bukhari No: 1401)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Menjadi tanggungjawab
dalam berdakwah untuk menyeru orang ramai supaya beriman kepada Allah
dan Rasul dengan cara mengakui Allah yang menjadikan sekalian alam dan
mentadbir sekalian makhluk di samping mentaati seruan dan perintah yang
dibawa oleh Rasulullah.

2. Menjadi tanggungjawab orang yang
telah beriman untuk melaksanakan perintah solat yang wajib lima kali
sehari semalam sebagai tanda ketundukan dan kepatuhan kepada Pencipta.

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَٰشِعِينَ ٤٥

Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)

3. Menjadi
tanggungjawab orang yang telah beriman, yang memiliki harta untuk
mengeluarkan sebahagian daripada harta mereka sebagai zakat kepada
golongan fakir miskin yang memerlukan bagi melahirkan kehidupan yang
rahmah dan harmoni.

4. Sebagai pemimpin dan pentadbir,
diingatkan agar berlaku adil kepada orang bawahan serta rakyat yang akur
dan patuh kepada apa yang ditetapkan. Jangan sekali-kali berlaku zalim
dengan menyalah gunakan kuasa untuk sebarang kepentingan diri dengan
mengambil sesuatu yang bukan hak seperti rasuah, komisen, memerah rakyat
bawahan, menyakiti mereka serta menzalimi mereka.

5. Rasulullah
SAW mengingatkan bahawa doa orang yang dizalimi itu amat mudah
dimakbulkan Allah kerana tidak ada hijab antara dia dengan Allah.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top