
“Sesungguhnya amalan seseorang yang paling awal dihisab pada hari Qiamat adalah shalatnya. Jika ianya sempurna, maka diberilah ganjaran yang sempurna. Namun jika ada kekurangan, maka Allah berfirman (kepada para malaikatNya): “Kamu lihatlah samada baginya shalat sunnat yang boleh dijadikan sebagai penyempurna baginya apa yang dicuaikannya dalam shalat fardhunya”. Kemudian dihisabkanlah sekalian amalan lain menurut cara yang sedemikian.” Begitulah mafhum pengertian sabdaan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Imam an-Nasai rahimahullah.
Menurut Imam asy-Syafi`i RA, kekurangan pada amalan fardhu yang boleh dijabar oleh amalan sunnat adalah kekurangan yang berlaku secara tidak disengajakan atau tanpa disedari. Manakala kekurangan yang dilakukan dengan sengaja dan sedar, maka ianya tidak dapat ditampung oleh amalan sunnat walaupun amalan sunnat tersebut banyak. Maka kekallah kekurangan yang disengajakan tersebut pada amalan fardhunya tadi. Oleh itu, apabila melaksanakan sesuatu amalan fardhu, maka lakukanlah dengan sebaik dan sesempurna yang boleh. Jangan bersikap sambil lewa dengan anggapan yang kurang nanti boleh ditampung dengan amalan sunnat. Lebih malang lagi apabila ada yang dengan sengaja meninggalkan amalan fardhu kerana beranggapan ya nanti ianya boleh ditambal dengan amalan sunnat…. Allahu … Allah.

“……Dan telah masyhur diketahui umum, bahawa amalan-amalan nafilah itu boleh menampung / menambal apa yang kurang dalam amalan-amalan fardhu. Tetapi Imam al-Qurthubi telah menukil dalam kitabnya “at-Tadzkirah” penjelasan daripada Imam asy-Syafi`i bahawa yang sedemikian itu adalah bagi kekurangan yang berlaku pada amalan fardhu akibat lupa atau tidak sengaja. Adapun kekurangan yang dilakukan dengan sengaja tidaklah dapat ditambal dengan amalan sunnat walau ianya amat banyak…..”

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.