Pengenalan

kepulauan nusantara Melayu, telah wujud keperluan yang mendesak untuk memahami
Al-Quran oleh golongan yang dipanggil Melayu Muslim. Ini disebabkan bahasa
pertuturan mereka adalah bukan bahasa Arab sedangkan Al-Quran diturunkan dalam
bahasa Arab. Realiti bahawa Melayu Muslim merupakan golongan terbesar
bilangannya berbanding masyarakat Islam lain seperti Arab Muslim, India Muslim,
Afrika Muslim dan Eropah Muslim menujukkan keperluan kepada suatu usaha yang
segera untuk memastikan hidayah Al-Quran sampai ke benak dan jiwa setiap
individu Melayu Muslim. Usaha yang dipelopori oleh ulama-ulama nusantara, dulu
dan kini untuk member tafsiran yang sahih tentang hidayah yang terdapat dalam
setiap ayat Al-Quran, kebanyakannya lebih kepada usaha secara ‘verbal’, seperti
melalui syarahan-syarahan agama atau kuliah-kuliah tafsir di masjid-masjid dan
surau-surau. Kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu yang lengkap merangkumi ke
semua 30 juzuk amat sedikit bilangannya. Tafsir Al-Azhar karangan Haji Abdul
Malik Karim Amrullah (HAMKA) merupakan kitab tafsir Al-Quran yang lengkap dalam
bahasa Melayu yang boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan untuk
masyarakat Melayu Muslim. Justeru, adalah penting bagi masyarakat Melayu Muslim
yang tidak berbahasa Arab agar mengenali kitab Tafsir Al-Azhar ini terutama
dari aspek metodologi tafsirnya untuk mereka lebih menghargai usaha yang
dilakukan HAMKA kerana bukan semua ulama boleh mengusahakan apa yang telah
beliau usahakan.
Sejarah penulisan
Usaha menghasilkan Tafsir
Al-Azhar telah pun dimulakan secara tidak formal oleh HAMKA sejak tahun 1958.
Beliau telah mengadakan kuliah tafsir Al-Quran setiap pagi selepas subuh di
Masjid Al-Azhar dari hujung tahun 1958 hingga Januari 1964. Siri kuliah subuh
itu turut ditulis dan diterbitkan dalam majalah Panji Masyarakat. Tetapi, usaha
secara formal oleh HAMKA untuk menyiapkan Tafsir Al-Azhar bermula apabila beliau
dipenjarakan dari tahun1964 sehingga 1966. Nama Tafsir Al-Azhar adalah
bersempena nama masjid di mana beliau mula menyampaikan kuliah tafsirnya itu
iaitu Masjid Al-Azhar.

Tujuan penulisan
HAMKA sebagai seorang tokoh ulama
yang merasai denyut nadi masyarakat sepanjang pembabitannya dalam kerja dakwah
mendapati wujud keadaan mendesak bagi beliau untuk menulis tafsir Al-Quran
dalam bahasa Indonesia yang lengkap. Pemangkin pertama yang membawa kepada
penulisan tafsir ini ialah kebangkitan golongan muda yang ingin mendekati
Al-Quran namun terbatas pengetahuannya kerana kekangan kemampuan berbahasa
Arab. Pemangkin kedua ialah wujudnya golongan pendakwah yang boleh berbahasa
Arab namun amat cetek pengetahuan umum dalam ilmu-ilmu berkaitan sejarah, sains
dan lain-lain. Mereka hanya membawa fahaman tradisi yang keras sehingga kurang
daya penarik di kalangan masyarakat yang semakin kritis dalam memahami sesuatu
isu.

Manhaj Tafsir
1. Manhaj Umum:
HAMKA memulai tafsirnya dengan
muqadimah yang agak panjang iaitu setebal 50 muka surat dengan 10 tajuk utama.
Dalam Pengantar Tafsir Al-Azhar, beliau memberi penghormatan kepada 4 individu
penting dalam penulisan tafsir ini iaitu Haji Abdul Karim, Ahmad Rashid Sutan
Mansur, Siti Raham dan Safiah. Kemudian, dalam bab Pendahuluan, HAMKA menyebut
keperluan menafsirkan Al-Quran dalam bahasa Melayu dengan syarat memenuhi
syarat-syarat asas tafsir seperti yang telah ditetapkan oleh para ulama. Dalam
tajuk ini juga beliau telah menyebut 2 tujuan utama penulisan
tafsir Al-Azhar ini. Dalam bab yang seterusnya, beliau secara panjang lebar
membincangkan segala isu berkaitan Al-Quran dan tafsir, iaitu dalam bab
Al-Quran, bab ‘Ijaz Al-Quran, bab Isi Mukjizat Al-Quran, bab Al-Quran Lafaz dan
Makna dan bab Menafsirkan Al-Quran. Namun, bab yang paling penting ialah Haluan
tafsir. Dalam bab ini, HAMKA menjelaskan manhaj beliau ketika menulis tafsir
ini. Terdapat 7 manhaj utama iaitu memelihara hubungan antara aqal dan naqal,
mengurangi persoalan pertikaian mazhab yang tidak membawa faedah, pengaruh
Sayid Rashid ridha, Syeikh Muhammad Abduh dan tafsir-tafsir moden dalam Tafsir
Al-Azhar, pengaruh latar belakang pembaca tafsir yang pelbagai latarbelakang
dan status mereka, merujuk kepada para ilmuwan dalam ilmu-ilmu fardu kifayah,
menyebut riwayat tafsir yang lemah sekadar untuk pengetahuan menilainya dan
sejumlah pendapat ulama Indonesia turut menjadi bahan untuk dimuatkan dalam
tafsir yang besar ini. Sejarah penulisan Tafsir Al-Azhar ditulis dalam dua tajuk
yang akhir iaitu Mengapa Dinamai Tafsir Al-Azhar dan Hikmat Ilahi. Keunikan
tafsir Al-Azhar berbanding kitab-kitab tafsir yang lain ialah penyusunan
kelompok-kelompok ayat Al-Quran mengikut tema ayat-ayat Al-Quran berdasarkan
Surah tertentu. HAMKA berjaya menunjukkan tema ayat-ayat Al-Quran yang
ditafsirkan. Hasilnya, pembaca dapat memahami maksud tafsiran ayat-ayat
tersebut dengan jelas serta kesinambungan yang wujud antara ayat tersebut. Ini
merupakan suatu bentuk tafsir maudui (tafsir tematik) yang membahagikan Surah
kepada tema-tema ayat yang lebih khusus. Selain itu, kebanyakan Surah dimulakan
dengan memberi tafsiran pendahuluan yang membincangkan tema umum Surah tersebut
serta isu-isu yang akan dibincangkan dalam tafsir Surah tersebut.

2. Manhaj Khusus:
Sebagai sebuah tafsir yang besar
dan lengkap, pendekatan HAMKA dalam memberi tafsiran ayat-ayat Al-Quran ialah
dengan memasukan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan untuk pembaca
mendapat maklumat dan dapat berfikir secara kritis serta mampu menilai segala
maklumat yang dibentangkan secara rasional. Beliau tidak mahu pembaca hanya
menerima secara membuta tuli segala yang ditafsirkan beliau. Berdasarkan
pendekatan tersebut, beberapa manhaj khusus dalam tafsiran beliau telah
digunakan:

- Tafsiran Al-Quran Dengan
Al-Quran: HAMKA meletakkan keutamaan untuk mentafsir ayat Al-Quran dengan
ayat Al-Quran yang lain. Kerana baginya, tiada yang lebih tepat
penafsirannya melainkan menggunakan ayat Al-Quran sendiri disebabkan nilai
ayat tersebut yang qat’ei. Bahkan, segala pendapat yang diberikan beliau
mengenai sesuatu ayat akan disokong dengan membawa ayat lain yang akan
mengukuhkan dan menjelaskan lagi ayat dan pendapat yang dibincangkan. - Penggunaan Hadith: Selain
menggunakan ayat Al-Quran sebagai rujukan utama, HAMKA turut memberi
penekanan penggunaan hadith-hadith yang diambil dari kitab-kitab hadith
yang muktabar dalam tafsirnya. Sebagai contoh, ketika menafsirkan ayat
berkaitan kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW dalam Surah al-Qalam ayat 4,
beliau membawa sejumlah hadith yang berkaitan kemuliaan akhlaq baginda.
Hadith-hadith ini ada yang disalin matan dan sumber kitabnya serta ada
yang disebut sekadar makna hadith tanpa matan dan sanadnya. Kebanyakan
hadith hanya disebut matannya tanpa rantaian sanadnya yang panjang kerana
HAMKA lebih mementingkan kefahaman hadith tersebut berbanding pengetahuan
rantaian sanad hadith tersebut. Beliau turut menyebut samada hadith itu
sahih atau tidak dalam sesetengah hadith yang disalin beliau. Beliau hanya
menyebut ulama yang meriwayatkan hadith tersebut. Sumber rujukan hadith
dalam Tafsir al-Azhar kebanyakan dari Kutub Al-Sittah dan Musnad Ahmad
disamping Mustadrak Al-Hakim dan sunan-sunan yang lain. HAMKA amat
prihatin dengan status hadith samada sahih atau dhaif. Hadithhadith yang
dhaif turut disalin sebagai ilmu untuk pengetahuan dan penilaian pembaca.
HAMKA juga menuruti manhaj Syeikh Muhammad Abduh dalam isu hadith ahad
yang sahih tetapi dinilai beliau sebagai bertentangan dengan dalil yang
jelas dari Al-Quran. - Pengaruh Syeikh Muhammad
Abduh: Pemikiran pembaharuan yang dibawa Syeikh Muhammad Abduh turut
mempengaruhi pendapat HAMKA dalam mentafsir ayat-ayat Al-Quran. Secara
umumnya, banyak pendapat Syeikh Muhammad Abduh dan muridnya iaitu Sayid
Rasyid Ridha dalam Tafsir Al-Manar yang disalin HAMKA samada sebagai salah
satu riwayat tafsir dari sejumlah riwayat atau sebagai penguat kepada
pendapat beliau sendiri. Khususnya proses salinan ini banyak terdapat
dalam juzuk terakhir Al-Quran dan dalam isu-isu yang berbentuk merasionalkan
suatu kisah sejarah. Walaubagaimanapun, terdapat juga keadaan di mana
HAMKA tidak sependapat tafsiran dengan Syeikh Muhammad Abduh. Namun
perbezaan pendapat ini tidak dinyatakan secara jelas dengan perkataan.
Tetapi, HAMKA menggunakan ayat yang halus untuk menyatankan pendapatnya
sendiri. - Penggunaan Kitab Tafsir
Klasik Dan Moden: HAMKA berkesempatan untuk mengkaji semua riwayat kitab
tafsir klasik dan moden untuk membuat penilaian sendiri sehingga mampu
memilih pendapat yang dipersetujuinya atau beliau memberi pendapat beliau
sendiri sesuai dengan situasi semasa masyarakatnya. Dalam tafsiran sesuatu
ayat Al-Quran, HAMKA akan membentangkan banyak riwayat tafsir klasik
khususnya untuk dinilai. Beliau tidak sekadar menyalin tanpa penilaian.
Kerana baginya perbuatan tersebut adalah ‘textbook thinking’ yang
menjumudkan pemikiran masyarakat. Beliau juga menggunakan kitab tafsir
yang tidak semazhab dengan beliau seperti tafsir golongan muktazilah dan
syiah. - Riwayat Israiliyyat: HAMKA
turut menyebut dalam tafsirnya banyak kisahkisah Israiliyat bersama sumber
riwayatnya dan mendidik masyarakat menilainya dari perspektif Al-Quran dan
Sunnah serta logik aqal yang sihat. Sekiranya riwayat tersebut tidak
bercanggah dengan Al-Quran dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap aqidah
seseorang maka beliau akan menyalinnya dan diingatkan pula kepada pembaca
agar jangan mempercayainya. Contohnya dalam isu namanama individu yang
didiamkan oleh Al-Quran. Namun, jika riwayat itu terlalu teruk sehingga
menjatuhkan aqidah seseorang maka beliau akan turut menyalinnya dan diulas
dengan tegas agar berhati-hati dengan kisah sebegini. - Ayat Al-Kawniyyah: Keunikan
yang terdapat dalam tafsir Al-Azhar ialah perhatian yang mendalam terhadap
ayat-ayat Al-Kawniyyah. Perbincangan berkenaan ayat-ayat ini amat
terperinci dengan disokong fakta-fakta sains dari buku-buku sains.
Terdapat juga kajian-kajian saintis kontemporari yang disalin dalam
tafsirnya sebagai bukti kehebatan Allah SWT. Kesemua perbincangan sains
ini bukan bertujuan untuk membuktikan Al-Quran itu bertepatan dengan sains
kajian manusia yang terhad ilmunya, tetapi fokus utama beliau adalah untuk
menguatkan tawhid manusia kepda Allah SWT. Sebab itu, setiap kali fakta
sains ini dibincangkan maka di akhirnya akan dikaitkan dengan Kehebatan,
Kebesaran dan Kebijaksanaan Allah SWT dalam mencipta dan mengatur alam
ini. Selain itu, tujuan HAMKA menekankan perbincangan fakta sains dalam
ayat Al-Kawniyyah adalah untuk memotivasi pemuda dan pendakwah agar
sentiasa berfikir secara objektif dan kritikal seperti pemikiran saintis
dalam kajian mereka. - Persoalan Fiqh: Seperti yang
beliau sebutkan dalam Haluan Tafsir sebelum ini, beliau mengelak dari
perbincangan fiqh yang akan mewujudkan puak-puak dalam isu perbezaan
mazhab. Untuk itu, beliau menjelaskan bahawa beliau bermazhab salaf yang
berpegang kepada Sunnah Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda dan
ulama-ulama yang mengikuti jejak baginda. Beliau tidak bertaqlid kepada
mana-mana mazhab, tetapi lebih banyak meninjau pendapat ijtihad para ulama
yang lebih dekat dengan kebenaran. Oleh itu, kita akan dapati, setiap kali
HAMKA membincangkan ayat-ayat hukum, beliau akan terlebih dahulu
membentangkan pendapat para ulama berbeza mazhab. Disertakan juga hujjah
dan dalil ijtihad para ulama tersebut. Kemudian beliau memberikan
penilaian dan hujjah beliau sendiri terhadap semua pendapat ulama
tersebut. Akhirnya, beliau akan memilih pendapat mana yang lebih kuat
dalilnya dan dekat dengan maqasid Al-Quran dan al-Sunnah. - Rujukan Tafsir: HAMKA juga
merujuk kepada kitab-kita suci agama lain dalam melengkapkan tafsiran
beliau ke atas ayat Al-Quran. Namun, rujukan tersebut hanya sekadar
memberi maklumat tambahan kepada pembaca untuk dinilai dan dibuat
perbandingan. Ayat-ayat berkaitan agama Kristian dan Yahudi khususnya akan
turut disertakan dalil-dalil dari Taurat dan Injil. Rujukan ini dilakukan
sebagai medium dakwah khususnya dalam keadaan masyarakat yang berbilang
agama di Indonesia yang kadang-kadang menyebabkan berlaku salah faham
antara penganut agama Islam dan Kristian.
Penutup
Membaca kitab tafsir sebesar ini
menimbulkan rasa kagum terhadap ketokohan HAMKA dalam segenap ilmu pengetahuan.
Dari pembacaan ini juga membuktikan bahawa HAMKA merupakan seorang ulama,
sejarawan, sasterawan, ahli falsafah, ahli politik, aktivis sosial, yang faham
tanggungjawab dakwah beliau yang diamanahkan Allah ke atas beliau. Sudah
menjadi suatu kemestian pada zaman ini bagi orang Melayu yang ingin memahami
Al-Quran untuk memiliki tafsir ini, memahaminya, dan menghargai usaha HAMKA ini.
Perubahan yang dibawa beliau sepatutnya perlu diterima dengan hati dan minda
yang ikhlas dan bersih kerana perbezaan setiap pendapat tafsir oleh ulama
hakikatnya bukan bercanggah, tetapi perbezaan yang mempelbagaikan kefahaman dan
ilmu tentang Al-Quran.

* Diubahsuai artikel yang disusun oleh Mohd Syauqi Bin Md Zahir
Al-Kulimi, Pusat Asasi UIAM.
Al-Kulimi, Pusat Asasi UIAM.
Sumber: https://irfanirsyad.wordpress.com/2010/12/27/mengenai-tafsir-al-azhar/
Link berkaitan:
http://eprints.utm.my/10808/1/Wanita_Menurut_Hamka_Di_Dalam_Tafsir_Al.pdf
http://www.pdfpedia.com/download/9338/studi-mengenai-tafsir-al-azhar-pdf.html
http://abualitya.wordpress.com/2011/12/30/studi-analisis-atas-tafsir-al-azhar-karya-prof-dr-hamka/

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.