Uncategorized

Syarh Syuruth al-Wudhuk (شرح شروط الوضوء)


Kitab Syarh Syuruth al-Wudhuk (شرح شروط الوضوء) merupakan
sebuah karya fiqh yang ringkas yang disusun oleh al-Imam Syihabuddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah al-Ramli al-Anshari (957H), yang terkenal dengan
gelaran al-Ramli al-Kabir.

Risalah ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi sebuah
karya fiqh mengenai syarat-syarat sah wuduk yang disusun dalam bentuk nazam
(syair). Mengenai penyusun sebenar nazam sebanyak 15 bait ini, tidak diketahui
dengan pasti. Bahkan Imam Syihabuddin al-Ramli, di dalam muqaddimah Syarah
Syuruth al-Wudhuk ini ada menyebutkan dua nama tokoh mazhab Syafi’i yang
berkemungkinan merupakan penyusun bagi nazam ini, iaitu;

a)    
al-Imam Abu
Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).

b)    
al-Imam
Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Zaynuddin al-‘Iraqi (826H).

Dalam kitab ini, Imam Syihabuddin al-Ramli memberikan penerangan bagi setiap syarat sah wuduk yang disebut dalam nazam tersebut, iaitu sebanyak 15 perkara – berdasarkan pandangan para ulama Syafi’i.


Kitab Syarh Syuruth al-Wudhuk ini boleh dibaca di pautan شرح شروط الوضوء. Manakala manuskripnya boleh dimuat turun di pautan 

https://al-mostafa.info/data/arabic/depot/gap.php?file=m016454.pdf. Sebenarnya dalam manuskrip ini terdapat dua kitab mengenai syarat sah wuduk. Di bahagian atasnya kitab Syarah Syuruth al-Wudhuk – karya Imam Syihabuddin al-Ramli, manakala di bahagian bawahnya pula adalah sebuah karya al-Imam al-Hafizh Syamsuddin Muhammad bin Abdul Rahman al-Sakhawi al-Syafi’i (831-902H). 


Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top