Uncategorized

Syarh Manzhumah al-‘Azizi (شرح منظومة العزيزي)

Kitab Fath al-Karim al-Rahman
Fi Ma Yughtafar  Li al-Muwafiq Min
al-Arkan (
فتح الكريم الرحمن فيما يغتفر للموافق
من الأركان
)
merupakan sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun
oleh al-‘Allamah al-Syaikh al-Imam Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rais
al-Zamzami al-Zubairi (1187 H/1773M M-1240 H/1824 M). Beliau merupakan seorang
tokoh ulama mazhab Syafi’i yang terkenal di Makkah pada zamannya.

Kitab yang terkenal dengan judul Syarh
Manzhumah al-‘Azizi (
شرح منظومة العزيزي)
ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi matan fiqh dalam bentuk nazam berjudul
Manzhumah al-‘Azizi Fi al-Masail allati Yughtafar Li al-Muwafiq al-Takhalluf
Fiha Bi Tsalatsah Arkan Thawilah (
في المسائل التي يغتفر للموافق التخلف فيها بثلاثة أركان طويلة  منظومة العزيزي). Matan Manzhumah al-‘Azizi
 “ yang membicarakan secara khusus mengenai
beberapa permasalahan yang dibolehkan makmum muwafiq ketinggalan dari imammya
dengan tiga rukun yang panjang” ini pula disusun al-‘Allamah al-Syaikh ‘Ali bin
Ahmad al-‘Azizi al-Bulaqi al-Syafi’i (1070H/1660M).

Kitab Syarh Manzhumah al-‘Azizi
ini kemudiannya telah diberikan huraian dalam bentuk hasyiah oleh Syeikh
al-Haris bin Hummam, melalui karya beliau yang berjudul Nushrah al-Halim Hasyiah
Manzhumah al-‘Azizi (
نصر الحليم حاشية منظومة العزيزي).
Syeikh al-Haris adalah murid kepada Syeikh Muhammad Shalih al-Rais.

Manakala Syaikh Daud bin Abdullah
al-Fathani (1265H), seorang ulama terkenal di Nusantara yang berasal dari
Patani, telah memetik (menukil) dan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kandungan kitab Syarh Manzhumah al-‘Azizi,
iaitu karya gurunya al-Syaikh Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rais dan
menghimpunkannya dalam sebuah  risalah
yang diberi judul al-Bahjah al-Mardhiyyah Fi ‘Uzr Takhalluf al-Ma’mum ‘an
al-Imam (
البهجة المرضية فى عذر تخلف المأموم عن
الإمام
).
 

Dalam risalah ringkas ini, Syaikh
Daud memetik dan menterjemahkan kesemua 6 bait nazam daripada matan Manzhumah al-‘Azizi yang khusus
menerangkan beberapa keadaan yang dibolehkan makmum yang muwafiq berbeza
perlakuannya dengan imam atau disebutkan dalam kitab ini “ beberapa masa-il
yang diuzurkan ketinggalan makmum yang muwafiq dengan imamnya dan yang tiada
diuzurkan ”. Setiap bait nazam tersebut telah diberikan huraiannya berdasarkan
kitab Syarh Manzhumah al-‘Azizi karya Syaikh Muhammad Shalih al-Rais tersebut[1].

Saya belum lagi menemui kitab Fath al-Karim al-Rahman /
Syarh Manzhumah al-‘Azizi ini dalam bentuk cetakan yang tersendiri. Namun
begitu, kandungan kitab ini boleh dibaca dan dimuat turun melalui sumber
berikut;

1.     Manuskrip di pautan https://al-mostafa.info/data/arabic/depot/gap.php?file=m010066.pdf 

2.     Kandungan kitab yang
ditahkik oleh Dr Ali Shiddiq Syakar
al-Hayali yang terdapat dalam Majalah
 مجلة جامعة كركوك للدراسات
الإنسانية
melalui pautan https://www.iasj.net/iasj/download/3bcd96ad2295e37b
.

Semoga bermanfaat.

__________________________________

1]. Syeikh Daud al-Fathani menterjemahkan keseluruhan isi kandungan kitab Syarh Manzhumah al-‘Azizi yang meliputi matan dan huraiannya. Hanya bahagian pendahuluan dan penutup sahaja yang ditinggalkan oleh beliau, kerana beliau meletakkan pendahuluan dan penutupnya yang sendiri bagi karya beliau tersebut.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top