Amalan

Shalawat Nariyyah – KH Uzairon

Menurut almarhum Kiyai Haji Uzairon, Pesantren al-Fatah, Temboro, seseorang yang membaca Shalawat Nariyyah, di antara kelebihannya, seolah – olah dia bershalawat pada setiap waktu, setiap masa dan setiap nafas, kerana rahsia yang terkandung pada lafaz di penghujung shalawat tersebut:- “fi kulli lamhatin wa nafasin”, yang merujuk kepada harapan agar shalawat dan salam yang sempurna (shalatan kaamilatan wa sallim salaaman taaman) dilimpahkan ke hadhrat Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas. Maka itulah harapan dan permohonan kita agar shalawat yang kita haturkan kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam berterusan dan berkekalan sebagaimana lafaz yang diucapkan tadi.

Sekadar informasi, kalimah “fi kulli lamhatin wa nafasin bi `adadi kulli ma’lumin lak”, adalah tambahan yang dilakukan oleh sebahagian ulama yang datang selepas Syaikh Ibrahim at-Tazi rahimahullah, penyusun Shalawat Nariyyah yang asal. Syaikh Muhammad Haqqi an-Nazili rahimahullah dalam Khazinatul Asrar menyatakan bahawa beliau mendapat ijazah Shalawat Nariyyah dengan penambahan kalimah – kalimah tersebut daripada gurunya yang bernama Syaikh Muhammad as-Sanusi rahimahullah di Jabal Abi Qubais, Mekah. Semoga bermanfaat dan tetaplah bershalawat dengan Shalawat Nariyyah walaupun hanya sekali selepas shalat, walau karihal Wahabiyyun.

KH Uzairon Thoifur Abdillah

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top