Shalawat yang dibaca tidaklah tertentu lafaznya, mana – mana lafaz boleh, tapi kebiasaannya, lafaz atau shighah yang dibaca adalah yang dimulakan dengan lafaz: Allahumma shalli wa sallim, wa zid wa adim wa an`im, wa tafadhdhal wa baarik…. hingga akhir. Faqir kurang periksa nama yang diberikan kepada shalawat ini dan asal muasalnya. Cuma yang faqir dengar, sebahagian menamakannya sebagai Shalawat Taslim, ada juga yang menyebutnya sebagai Shalawat Dustur. Shighah – shighahnya pun ada sedikit perbezaan, ada yang ringkas dan ada yang mempunyai tambahan lafaz. Apa – apa pun, itu bukanlah isu kerana tidak ada ketentuan pada bacaan atau doa atau shalawat yang mesti dibaca ketika khatib duduk antara dua khutbah.
Ulama kita memilih untuk membaca shalawat ketika itu, mungkin kerana fadhilat atau kelebihan shalawat itu teramat banyak. Antaranya, dengan hanya satu shalawat kita dibalas dengan 10 shalawat daripada Allah, mendapat shalawatnya para malaikat dan mendapat balasan shalawat daripada Rasulullah, diangkat 10 darjat, dihapuskan 10 dosa kesalahan dan berbagai – bagai lagi kelebihan, ganjaran dan anugerah. Selain daripada itu, ramai, bahkan boleh dikatakan jumhur, ulama yang berpendapat bahawa shalawat adalah satu amalan yang mudah diterima Allah, bahkan menurut mereka pasti diterima Allah ta`ala, betapa pun jua keadaan si pembacanya. Maka tidak hairan, jika ulama memilih shalawat untuk dibaca ketika itu, yakni di waktu yang berkat, di tempat yang berkat dan dalam himpunan yang berkat.
Juga faqir temui bahawa saudara – saudara di beberapa negeri di Semenanjung Tanah Melayu, menjadikan shalawat ini untuk menyambut ketibaan pengantin, sehingga dinamakan sebagai Shalawat Pengantin. Hal ini juga dilakukan di beberapa tempat lagi seperti di Tanah Betawi. Ustaz Said bin Che Ros menulis dalam karangan beliau yang berjodol Fadilat Membaca Selawat pada halaman 56 sebagai berikut: Lafaz selawat ini biasanya digunakan (dibaca) oleh orang – orang Melayu terutama di kampung – kampung semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki dalam sesuatu majlis perkahwinan. Walau bagaimanapun selawat ini boleh diamalkan pada bila – bila masa sahaja.
, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.