
Kewujudan shalat jamaah pada setiap waktu yang lima atau kewujudan shalat Jumaat pada sesuatu binaan atau tempat itu tidak memestikan binaan atau tempat itu dihukumkan sebagai Masjid Jami` atau Masjid Jama`ah. Ianya tertakluk kepada beberapa syarat lagi yang disebut dalam kitab-kitab yang muktabar. Oleh itu, janganlah bermudah-mudah menghukum sesebuah binaan yang diwaqaf atau dibina untuk surau dianggap sebagai masjid. Keperluan membezakan antara masjid dan bukan masjid adalah penting kerana ianya melibatkan perbezaan hukum yang lain seperti hukum i’tikaf, hukum shalat tahiyyatul masjid, hukum perempuan haid duduk padanya dan lain – lain lagi. Masjid adalah masjid walaupun ianya tidak didirikan shalat Jumaat padanya. Bagi mushalla atau surau, maka selagi ianya tidak menepati ketentuan hukum – hakam masjid, maka ianya bukanlah masjid, walaupun didirikan Shalat Jumaat padanya. Nak tahu apa ketentuan hukum tersebut, silalah mengaji berpandukan kitab – kitab yang muktabar.
Secara umumnya, beribadah dalam masjid jami` adalah lebih afdhal dari masjid jamaah, surau dan mushalla. Ini adalah kerana ganjaran shalat pada masjid jami` memiliki gandaan pahala berbanding dengan masjid jamaah atau lainnya. Dalam “Sunan Ibnu Majah“, jilid 1, halaman 447, Imam Ibnu Majah radhiyaAllahu `anhu meriwayatkan bahawa Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda:-

Shalat yang didirikan oleh seseorang lelaki di rumahnya adalah dinilai dengan satu shalat. Shalatnya di masjid qabilah (yakni masjid jamaah) dinilai dengan 25 shalat. Shalatnya di masjid jami` (yakni masjid yang didirikan padanya sholat Jumaat, dinilai dengan 500 shalat. Shalatnya di Masjidil Aqsa, dinilai dengan 50,000 shalat. Shalatnya di masjidku (yakni Masjid an-Nabawi) dinilai dengan 50,000 shalat. Shalatnya di Masjidil Haram dinilai dengan 100,000 shalat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.