al-Shabuni

Shafwah al-Tafasir (صفوة التفاسير)

 
Kitab Shafwah al-Tafasir (صفوة التفاسير) merupakan sebuah kitab tafsir semasa karya
al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad ‘Ali al-Shabuni, bekas pensyarah Kuliyyah
Syari’ah dan Dirasat Islamiyyah di Universiti al-Malik ‘Abdul ‘Aziz Makkah
al-Mukarramah.

Kitab ini merupakan gabungan di antara tafsir secara
ma’thur dan ma’qul yang bersumberkan kepada beberapa kitab tafsir yang
muktabar, seperti tafsir al-Thabari, al-Kasysyaf, al-Qurthubi, al-Alusi, Ibn
Kathir, al-Bahr al-Muhith dan lain-lainnya.

Ia disusun dengan uslub (gaya bahasa) yang mudah dan
sesuai dengan kaedah penulisan moden. Ia juga dilengkapi dengan penerangan
makna mufradat (perkataan) dan bentuk balaghah dan bayan
lughawiyyah
yang terdapat dalam sebahagian ayat.

Berdasarkan kitab tafsir Shafwah al-Tafasir yang ada
dalam koleksi saya, iaitu terbitan Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiyyah pada tahun
1993 ia dicetak dalam 3 jilid. Berikut ringkasan kandungan kitab ini;
Jilid
1: surah al-Fatihah – hingga – surah Yunus,
Jilid
2: surah Hud – hingga –  surah Fathir,
Jilid
3: surah Yasin – hingga – surah al-Nas.

Kitab tafsir ini dianggap sebagai sebuah tafsir yang
agak ringkas, sesuai menjadi rujukan dalam bidang tafsir oleh masyarakat (yang
boleh memahami bahasa Arab). Kitab ini telah menjadi teks dan rujukan para ulama
/ penceramah bagi kuliah tafsir di masjid dan surau di Malaysia dan di dunia
Islam amnya.

Mengenai terjemahan kitab ini, saya tidak pasti adakah
ia telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Setakat ini saya belum mendapat
maklumat mengenai edisi terjemahannya. Mungkin ia ada diterjemahkan dalam
bahasa Indonesia, kerana aktiviti penterjemahan di Indonesia sangat
menggalakkan. Wallahu a’lam.

Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top