Manaqib

Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan

  • Ikhwah, cukuplah kemuliaan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. bahawa antara murid-muridnya ialah Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi rhm. pengarang “I’anathuth-Tholibin” yang masyhur, Sayyidil Quthub al-Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas rhm., bahkan Kiyai Agung Sayyidisy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban rhm. sempat menjadi muridnya sewaktu belajar di Makkah. Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi telah mengarang kitab bernama “Nafahatur Rahman” yang merupakan manaqib atau biografi kebesaran gurunya Sayyidi Ahmad rhm.
  • Jadi beliau yang disanjung oleh ulama antara lain sebagai al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syaikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syaikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi s.a.w. dan Bintang-bintang langitnya), Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik) adalah guru bagi guru-guru kita, alhamdulillah, mudah-mudahan rantaian sanad yang gilang gemilang ini menurunkan keberkatan Rasul Junjungan kepada kita dan moga termasuk kita dalam golongan yang “menakjubkan” ar-Rahman dengan di masukkan ke syurga dalam satu mata rantaian.
  • Inilah orang yang ditohmah dan dituduh oleh puak Wahhabi sebagai tukang fitnah yang memburuk-burukkan Ibnu Abdul Wahhab an-Najdi dan Wahhabi. Ketahuilah bahawa antara yang awal memfitnah Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. adalah Rasyid Ridha murid Abduh yang mengarang “Tafsir al-Manar” rujukan kaum mudah dan Wahhabi. Tujuan mereka memfitnah Sayyidi Ahmad adalah untuk memusnahkan ilmu dan pengetahuan yang sebenar, agar kebatilan mereka diterima. Sesungguhnya Sayyidi Ahmad bersih dari tuduhan musuh-musuhnya tersebut, beliau adalah ulama yang takutkan Allah dan seorang yang tsiqat. Terpulanglah kepada ikhwah, tapi aku lebih percayakan beliau daripada Rasyid Ridha dan gurunya Muhammad Abduh yang neo-mu’tazilah itu (bukan aku yang melabelnya sebagai neo-mu’tazilah tetapi Imamul Akbar Syaikhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud dalam bukunya “Islam wal – ‘Aql“).
  • Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dalam “Nafahatur Rahman” antara lain menulis:- “Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan r.a. hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab “asy-Syaathibiyyah” dan “al-Jazariyyah”, dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”
  • Mudah-mudahan Allah merahmati dan meredhai Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan dan murid-muridnya serta kita sekalian. Mudah-mudahan Allah menguatkan iman dan taqwa kita serta memberi kita kekuatan untuk mempertahankan Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jama`ah serta para ulamanya.

TANBIH : Ingat kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang menerima 4 mazhab tetapi beramal dengan 1 secara lazim, bukan geng Syahidan Kasim yang kononnya Ahlus Sunnah wal Jamaah menerima 4 mazhab tetapi tak berpegang dengan mana-mana mazhab, kira mazhab campur-campur, mazhab rojak, mazhab caca marba, bahaya ooo silap-silap boleh mabuk bawak mati pun boleh. Kepada Syahidan Kasim, jangan marah, I know what you and your mufti did last Haj.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top