safinah al-shalah

SAFINAH AL-SHALAH (سفينة الصلاة)



Kitab
Safinah al-Shalah (
سفينة الصلاة) adalah sebuah kitab fiqh ringkas mengenai
tuntutan perlaksanaan ibadat solat, merangkumi cara-cara bersuci dan
kaedah-kaedah perlaksanaan solat menurut mazhab Imam al-Syafi’i. Kitab ini
disusun oleh Syaikh Abdullah bin ‘Umar bin Yahya al-Hadhrami al-Syafi’i 
(1209-1265H/1794-1849M).
Mengenai
sistematik isinya, kitab ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu;

        a)   
Pendahuluan;
mengandungi basmalah,  hamdalah
dan shalawat.

        b)    Isi kandungannya pula
meliputi dua bahagia, iaitu;

i.   Akidah
(makna kalimat Syahadatain), yang
menerangkan keimanan kepada 
Allah dan Nabi Muhammad saw.
ii.   Perbahasan
mengenai ibadat solat; iaitu syarat, rukun dan perkara yang 
membatalkan solat.
Pembahasan mengenai solat merupakan kandungan 
utama kitab ini.
         c)    Penutup:  mengandungi shalawat dan hamdallah.

Melihat
keseluruhan isi kandungan kitab Safinah al-Shalah ini, tepatlah dikatakan ia
adalah kitab fiqh. Kitab ini dianggap sebuah kitab yang berbentuk matan fiqh
kerana ringkasnya huraiannya, tanpa disebutkan dalil-dalil dan permasalahan
yang lebih luas yang berkaitan ibadat solat.

Di
antara kitab yang dihasilkan sebagai huraian (syarah) bagi kitab Safinah
al-Shalah, ialah;

       a)  Sullam al-Munajah Syarh Safinah al-Shalah (سلم المناجاة شرح سفينة الصلاة ) karya al- ‘Allamah Syaikh Abu ‘Abdul Mu’thiy, Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin
‘Arabi bin ‘Ali al-Jawi al-Banteni al-Tanariy (1316H/1898M).
      b)   Syarh Safinah al-Shalah, karya Dr. Muhammad
Abdul Rahman Syamilah al-Ahdal. Kitab setebal 204 halaman ini telah terbitkan
dengan cetakan pertamanya pada tahun 1987/ 1408H oleh Maktabah al-Thalib
al-Jami’i, Makkah.

Matan
kitab Safinah al-Shalah ini boleh
dimuat turun di 
SINIKitab
dalam bentuk PDF ini berdasarkan terbitan Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Babi
al-Halabi wa Awladuh pada tahun 1843. Kitab Safinah al-Shalah ini dicetak
bersama dengan kitab 
Safinah al-Naja, karya Syaikh Salim bin Abdullah bin Samir al-Khudhari al-Hadhrami (1855M). 
Kedua-dua kitab
ini juga telah diterbitkan oleh Maktabat al-Hadyi al-Muhammadi, Kaherah,
Mesir dengan cetakan pertamanya pada tahun 2015.
 



Semoga
bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top