Amalan

Rumus Lailatul Qadar

Ini rumus sebahagian ulama bagi mencari malam al-qadar. Tersebut pada mukasurat 65 kitab “Mathla`ul Badrain” karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni bahawa sebahagian ulama termasuklah Imam al-Ghazali menyatakan diketahui malam tersebut melalui hari pertama bulan Ramadhan.
  1. Jika awal Ramadhan hari Ahad atau Rabu, maka ianya malam ke-29;
  2. Jika awal Ramadhan hari Isnin, maka ianya malam ke-21;
  3. Jika awal Ramadhan hari Selasa atau Jumaat, maka ianya malam ke-27;
  4. Jika awal Ramadhan hari Khamis, maka ianya malam ke-25;
  5. Jika awal Ramadhan hari Sabtu, maka ianya malam ke-23.

Syaikh Abul Hasan memberi komennya bahawa dia sejak baligh telah menemui malam al-Qadr tersebut melalui rumus ini. Jadi kalau ikut rumus ini, tahun ini jatuhnya malam ke-27 atau ke-29 nanti. Malam ke-27 kerana awal Ramadhan mengikut falak sebahagian ulama termasuklah Kiyai Agung jatuh hari Selasa dan malam ke-29 kerana ikut falak Pemerintah yang awal Ramadhannya hari Rabu. Allahu a’laam. Apa pun, beribadah biarlah ikhlas kerana mencari keredhaan Allah, beramal kerana Allah bukan kerana Lailatul Qadr.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top