
عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ
حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Junjungan Nabi s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) baginda pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang – orang yang beriman. (Surah at-Taubah:128).
Lihatlah wahai ikhwah, bagaimana Allah mensifatkan dan memuji Junjungan Nabi s.a.w. Sungguh Allah telah memuji baginda dengan setinggi-tinggi pujian sehingga baginda digelar – Rauufur Rahiim. Imam al-Qurthubi memetik kata-kata al-Husain bin al-Fadhl :-
وقال الحسين بن الفضل: لم يجمع الله لأحد من الأنبياء ٱسمين من أسمائه إلا للنبيّ محمد صلى الله عليه وسلم؛ فإنه قال: {بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ} وقال: {إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ} … انتهى
Tidak pernah Allah menghimpunkan bagi sesiapa pun daripada kalangan para nabi, dua nama dari segala namaNya melainkan bagi Junjungan Nabi s.a.w. Maka sesungguhnya Dia telah berfirman: ” …terhadap orang-orang beriman baginda menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya “ dan Dia berfirman: ” … Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).”
Apakah agaknya yang dapat diperkatakan lagi buat orang yang telah disifatkan sendiri oleh al-Quran
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.