
Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan kelebihan dan keistimewaan Surah al-Ikhlas. Dalam riwayat – riwayat yang berbagai darjat, dari shahih ke dhaif, banyak yang mengkhabarkan kelebihan dan fadhilat surah yang dinobatkan sebagai sepertiga Quran ini. Ini tidak termasuk berbagai hikayat, kisah dan cerita mengenainya yang dialami dan diceritakan oleh para awliya` dan shalihin. Ajaran pokok yang terkandung dalam surah yang mulia ini adalah tauhid dan tidak ada sesuatu yang paling berharga dan bernilai di dunia mau pun akhirat selain mentauhidkan Allah
`azza wa jalla. Para rasul `alaihimush shalatu wa sallam diutus untuk mengajar dan membawa manusia untuk mentauhidkan Allah.



Sebahagian ulama lain, menghubungkan riwayat tersebut hanya kepada Sayyidina Ka`ab al-Ahbar. Misalnya, Ibnu Dhurais (w. 294H) rahimahullah dalam Fadhailul Quran, halaman 110, meriwayatkannya sebagai atsar daripada seorang hamba yang shalih, iaitu Ka`ab al-Ahbar rahimahullah, yang menyatakan: “Bahawasanya segala bumi ini diasaskan atas “Qul Huwa Allahu Ahad”.

…(Faedah yang lain) daripada sebahagian orang shalih juga, (yang menyatakan bahawa:) ” (Mudah – mudahan) sesiapa sahaja hamba Allah yang membaca pada setiap hari dari hari – hari di bulan Rejab akan surah “Qul Huwa Allahu Ahad” sekali (yakni sekurang – kurangnya sekali), melainkan dikurniakan kepadanya ganjaran pahala yang tidak diketahui kadarnya oleh selain Allah ta`ala. Maka jikalau ada 10,000 unta yang menanggung muatan kertas – kertas, lalu berhimpun pula para malaikat penghuni langit yang di tangan – tangan mereka ada pena emas untuk mencatat pahalanya atas kertas – kertas tersebut, nescaya mereka tidak akan mampu untuk menulis kadar pahala (bacaan) “Qul Huwa Allahu Ahad” tadi.

…Dan menyebut oleh asy-Syaikh al-Hannaathi: “Barangsiapa membaca `Qul Huwa Allahu Ahad’ pada tiap – tiap hari daripada Rejab sekali, yakni tiap – tiap hari sekali (yakni setidak – tidaknya sekali), maka seolah – olah memuat ia 10,000 unta pelari (yakni unta yang gagah) akan kertas dan berhimpun isi tujuh petala langit dan bumi dengan tangan mereka itu qalam daripada emas, menyurat sekalian akan pahala `Qul Huwa Allahu Ahad’ pada demikian kertas itu…”
Allahu … Allah, urusan ganjaran pahala ini adalah hak mutlak Allah ta`ala, dan terhenti atas nas, maka jika pun tiada warid yang sedemikian itu daripada nas, maka anggap sahajalah apa yang dinyatakan dan dinukil oleh para ulama tadi sebagai termasuk dalam bab khabariyyah lafzan insyaiyyah ma’nan. Yang pasti membaca surah yang mulia tersebut sememangnya memiliki ganjaran pahala dan kelebihan sebagaimana warid dalam nas – nas yang shahih lagi masyhur. Semoga bermanfaat hendaknya dan tetap istiqamah atas Surah al-Ikhlas dengan seikhlas – ikhlasnya.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.