Fiqh

Qadha Sholat 5

Sebelum membaca nukilan ini, harap ikhwah sekalian jangan terkejut beruk kerana ianya agak keras. tapi apa boleh buat kerana hakikatnya memang sedemikian. Nukilan dari “Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor”, iaitu Almarhum Habib Alwi bin Thohir al-Haddad, jilid 1, mukasurat 30 – 32, terbitan Jabatan Agama Johor :-

Perkara: Tarawih tanpa sembahyang tunai.

  1. Adakah sah tarawih walhal fardhu banyak hutang, tetapi niat hendak membayar ?

Jawab:-

  1. Sah, tetapi yang mengerjakan itu maksiat kepada Allah dengan mengerjakan sembahyang sunnat meninggalkan fardhu, sedikit harapan diterima tarawihnya, Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata:- “BAHAWA TIDAK DITERIMA SEMBAHYANG SUNNAT SEHINGGA DITUNAIKAN SEMBAHYANG YANG FARDHU.”

Perkara: Hukum sembahyang sunnat bagi orang yang banyak meninggalkan fardhu.

  1. Adakah harus seorang sembahyang tarawih pada hal orang itu ada banyak hutang sembahyang fardhu yang ditinggalkannya dengan tiada uzur ?
  2. Tidakkah ada satu jalan lain atau perkataan ulama yang boleh meluluskan mengerjakan sembahyang tarawih dan lain-lain sunnat juga ?

Jawab:-

  1. Yang diwajibkan atasnya sembahyang fardhu sebelum sembahyang sunnat.
  2. Maksud bersembahyang ialah khudhu’ kepada Allah ta`ala dan mengerjakan perintahNya, menghampirkan dirinya kepada Allah ta`ala. Allah ta`ala telah menyuruh semua hamba-hambaNya dengan sembahyang lima waktu, Zohor, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya` dan Subuh, maka orang yang meninggalkan dengan tiada uzur kemudian ia sembahyang tarawih atau sunnat adalah maksiat kepada Allah menentangNya, melawan perintahNya, degil atas maksiat, ia dimurkai Allah ta`ala. Allah ta`ala telah berfirman :- “Hanya sesungguhnya Allah ta`ala menerima (‘amal ‘ibadat) daripada orang-orang muttaqin”, maka orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dan mengerjakan sembahyang sunnat ini fasiq, maka sembahyang tarawih atau sunnatnya sebelum qadha sembahyang fardhu tidak diterima oleh Allah ta`ala. Dari sebab itu segera mengqadha sembahyang fardhu lebih awla dan lebih untung bagi orang Islam kerana boleh jadi mati sebelum mengqadhanya. Al-‘Allamah asy-Syaikh Ibnu Hajar berkata, menurut pendapatnya iaitu orang Islam hendaklah berusaha mengerjakan kerja-kerja yang mustahak untuk sara hidupnya kemudian di waktu lapang daripada kerja-kerja hendaklah ia mengerjakan qadha sembahyang-sembahyang fardhunya tidak mengerjakan dahulu tarawih sembahyang sunnat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top