Uncategorized

Puasa Sunat 6 Syawal

Isnin, 6 Syawal 1440H: Ahmad bin Mani’ meceritakan kepada kami, Abu Mu’awiyah memberitahukan
kepada kami, Sa’id bin Sa’id memberitahukan kepada kami (yang berasal)
dari ‘Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub di mana ia berkata: “Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian
mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka yang demikian itu
adalah puasa satu tahun.” 
Di dalam ini terdapat hadis dari Jabir, Abu Hurairah dan Tsauban. Abu ‘Isa berkata: “Hadis Abu Ayyub itu adalah hadis hasan sahih. 
Orang ramai senang mengerjakan puasa enam hari pada bulan Syawal kerana adanya hadis tersebut.
“Ibnul Mubarak mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu
baik sebagaimana halnya puasa tiga hari pada setiap bulan. Ibnul Mubarak
berkata: “Diriwayatkan dalam sebahagian hadis: “Puasa ini dihubungkan
dengan bulan Ramadan.” Ibnul Mubarak memilih agar enam hari itu adalah
permulaan bulan; diriwayatkan dari Ibnul Mubarak bahawasanya ia berkata:
“Apabila seseorang mengerjakan puasa enam hari dari bulan Syawal itu
secara terpisah-pisah maka hal itu boleh.” 

Abu ‘Isa berkata: ”
‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad meriwayatkan hadis ini dari Shafwan bin Sulaim
dan Sa’d bin Sa’d dari ‘Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub dari Nabi s.a.w.
dengan hadis seperti tersebut di atas. Syu’bah meriwayatkan hadis ini
dari Warqa’ bin ‘Umar dari Sa’d bin Sa’id. Sa’d bin Sa’id adalah saudara
Yahya bin Sa’id Al-Anshari. Sebahagian ahli hadis membicarakan tentang
Sa’d bin Sa’id dari segi hafalannya.”

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0756.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top