
“Allahumma sholli `ala Muhammad” atau “ShallAllahu `ala Muhammad” adalah antara shighah yang biasa digunakan untuk bershalawat ke atas Junjungan Nabi SAW, teristimewa pula ketika majlis – majlis mawlid dan majlis mahabbah atau Cinta Rasul yang demamnya baru sampai ke Malaysia. Dilantunkan dengan irama indah menusuk qalbu walaupun kekadang sumbang bunyinya tapi Aiman tak kisah janji shalawatan. Melihat kepada shighah shalawat, jelas dan nyata bahawa walaupun dikatakan kita bershalawat namun hakikatnya siapalah kita untuk menyampaikan shalawat ke atas manusia seagung Junjungan Nabi SAW. Maka dikembalikanlah shalawat tersebut kepada Zat yang Teragung lagi tiada tara, kekasihnya Sang Kekasih Baginda Muhammad SAW, Allah SWT untuk melimpahkan shalawat ke atas kekasihNya Junjungan Nabi SAW, maka terungkaplah kata – kata shalawat seumpama Allahumma sholli `ala Muhammad sebagaimana ajaran baginda SAW sendiri.

daripada Allah SWT. Oleh itu tidak seharusnya timbul komentar – komentar nakal terhadap amalan shalawat atau majlis – majlis mawlid atau majlis Cinta Rasul dengan kata-kata seumpama:- “Penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada Allah.”
Sesungguhnya apabila Rasulullah SAW diingati, maka pasti Allah telah sedia ada dalam ingatan. Kenapa tidak, bukankah ingatan kita kepada Junjungan SAW adalah atas titah perintah Allah SWT? Tidakkah Allah berfirman dalam surah al-Insyirah yang kira-kira bererti: “Dan Kami telah meninggikan bagimu, sebutan namamu.” Maka majlis-majlis tersebut tadi adalah dalam rangka membenarkan firman Allah SWT untuk meninggikan sebutan nama kekasihNya yang mulia SAW. Allahu …. Allah, teringat kepada kata – kata seorang guru:-
Allah
Muhammad
Berpisah tiada
Namun Khaliq tetap Khaliq
Makhluk tetap makhluk
Allahumma sholli wa sallim `alaih

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.