Hadits

Nur Muhammad – Mulla `Ali al-Qari

Imam Mulla `Ali bin Sulthan al-Harawi al-Qari @ Mulla `Ali al-Qari rahimahullah adalah seorang ulama ahli hadis yang bermazhab Hanafi. Ketinggian ilmu dan pribadi beliau diakui umat sehingga digelar sebagai ” al-Imam Naashirus Sunnah wa Qaami`ul Bid`ah – Imam Pembela Sunnah dan Pembasmi Bid`ah“. Beliau  sempat berguru dan menjadi murid kepada Mufti Makkah, Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah, ulama besar bermazhab Syafi`i, pengarang kitab “Tuhfah” yang masyhur. Imam Mulla `Ali al-Qari rahimahullah adalah antara ulama yang menerima riwayat hadits masyhur yang menyatakan bahawa seawal-awal penciptaan Allah adalah Nur Muhammad SAW. Dalam karya mawlid beliau yang berjodol “al-Mawridur Rawiy fi Mawlidin Nabiy SAW” beliau telah menukilkan hadits tersebut yang menyatakan:-

Seawal-awal Makhluk : an-Nur al-Muhammadiy
 Telah dikatakan: Telah diriwayatkan oleh Imam `Abdur Razzaq dengan sanad daripada Sayyidina Jaabir bin `Abdullah al-Anshari yang berkata:: ” Wahai Rasulallah, demi ayah dan ibuku yang
menjadi tebusan bagimu, khabarkanlah kepadaku mengenai apa yang mula
pertama dicipta Allah ta`ala sebelum segala sesuatu.” Junjungan
s.a.w. bersabda:- “Wahai Jabir, bahawasanya Allah telah mencipta, sebelum
segala sesuatu, akan nur nabimu daripada nurNya (yakni nur yang menjadi milikNya). Lalu dengan kudratNya
berputar nur tersebut (yakni menjalani satu proses yang Allah sahaja
Maha Mengetahui hakikatnya) menurut kehendakNya, dan pada waktu itu
belum ada lauh, belum ada qalam, belum ada syurga, belum ada neraka,
belum ada malaikat, belum ada langit, belum ada bumi, belum ada
matahari, belum ada bulan, belum ada jin dan belum ada manusia. Ketika
Allah ta`ala berkehendak untuk menciptakan makhluk, dibahagiNya nur
tersebut kepada empat bahagian, maka dijadikanNya daripada bahagian
pertama, qalam, dan daripada bahagian kedua, lauh, dan daripada bahagian
ketiga, arsy. Kemudian dibahagiNya bahagian keempat kepada empat
bahagian lagi, lalu diciptakanNya daripada bahagian pertama akan
malaikat penanggung arsy (hamalatul-arsy), dan daripada
bahagian kedua, kursiy; dan daripada bahagian ketiga, malaikat-malaikat lain. Kemudian dibahagiNya pula bahagian keempat kepada empat
bahagian, lalu dijadikan daripada bahagian pertama akan segala langit;
dan daripada bahagian kedua, segala bumi; dan daripada bahagian ketiga,
syurga dan neraka. DibahagiNya lagi bahagian keempat kepada empat
bahagian, lalu diciptaNya daripada bahagian pertama, nur absharil mu`minin
(nur pandangan orang-orang mu`min); daripada bahagian kedua, nur
hati-hati mereka iaitu ma’rifatu billah ta`ala (yakni ma`rifat akan
Allah ta`ala); dan bahagian ketiga, nur ucapan mereka iaitu tauhid “la ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah.”
Aku (yakni Imam Mullah `Ali al-Qari) berkata: Dan pengertian inilah yang diisyaratkan oleh firman Allah ta`ala: “Allah (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan nurNya – iaitu Nur Muhammad SAW – adalah seperti misykah (lubang yang tidak tembus cahaya yang dibuat pada dinding rumah untuk meletakkan pelita/lampu agar sinar pancaran cahayanya kuat dan tidak berselerak) yang berisi sebuah lampu ……..
Mudah-mudahan bertambah faham kita mengenai konsep Nur Muhammad yang sering dijadikan modal oleh sesetengah pihak untuk menyesatkan pihak yang berpegang dengan makhluk terawal diciptakan Allah ini. Sentiasalah berlapang dada, adakah kamu hendak menghukum ulama-ulama seperti Imam Mulla `Ali al-Qari sebagai sesat kerana menerima Nur Muhammad ? Kalau berani terpulanglah, nanti tanggung sendiri. Jangan jadi pepatah tok nenek kita, tiada beban batu digalas. Pandai-pandai kome le….

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top