
Lihatlah bagaimana lancangnya mulut Asri dalam menghukum dan membuat fatwa. Sungguh kelancangan mulutnya ini serupa, walaupun mungkin tak sama darjatnya, dengan mulut tokoh pujaannya iaitu Syaikh Ibnu Taimiyyah al-Harrani. Peminat Ibnu Taimiyyah jangan marah pulak kalau ese kata lagu tu, sebab bukan ese yang kata, kome buleh tengok dalam kitab-kitab mengenai Ibnu Taimiyyah, kelancangan mulut Ibnu Taimiyyah telah masyhur di sisi ulama. Jangan pulak kome tuduh ese anti-Ibnu Taimiyyah plak, bagi ese Ibnu Taimiyyah itu salah seorang ulama umat ini, beliau bukan nabi dan tidak maksum. Pendapatnya boleh diterima dan boleh ditolak. Dan perlu diberi perhatian bahawa beliau bukanlah termasuk dalam kalangan ulama mazhab Syafi`i yang dipegang perkataannya. Jadi kalau ese tak ikut fatwa beliau, kome jangan marah, sebab ese bermazhab Syafi`i. Jadi tidaklah boleh berhujjah dengan Ibnu Taimiyyah bagi menentukan kedudukan sesuatu hukum menurut Mazhab Syafi`i. Mazhab Hanbali mungkin boleh, sebab beliau tergolong dalam ulama Hanbali, tapi itu pun masih dipertikaikan kerana ramai fuqaha Hanbali tidak mengambil pendapat Ibnu Taimiyyah sebagai pendapat yang muktamad dalam Mazhab Hanbali. Oleh itu, mengambil pendapat Ibnu Taimiyyah untuk mewakili mazhab Hanbali juga kurang tepat, kalau pun tidak 100% salah.
Berbalik kepada kelancangan Ibnu Taimiyyah, maka Dr. Alias Othman dan isteri beliau Dr. Anisah Abdul Ghani, walaupun banyak menukilkan perkataan Ibnu Taimiyyah dalam karya mereka, menulis pada halaman 230 – 231 buku “Islam Yang Mudah” sebagai berikut:-
Sikap fanatik menentang mazhab dan imam dengan menggunakan kata-kata kesat dan lidah yang lancang juga perbuatan yang dicela. Ia sama seperti fanatik kepada mazhab dan imam. Lancang lidah adalah fenomena baru yang tidak terdapat pada masa lampau, kecuali sikap lancang lidah Ibn Hazmin dan Ibn Taimiyah yang menjadi kritikan para ulama. Sikap Ibnu Taimiyah pula pada pandangan orang lain memang diketahui semua. Ia bukan suatu yang tersembunyi, dapat dilihat dalam tulisannya.
Ese dulu pun pernah duduk mendengar syarahan Prof. Dr. Alaeddin Kharofa hafizahUllah, dahulunya pensyarah Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa, yang turut memperkatakan sikap lancang Ibnu Taimiyah apabila berhujjah. Maka tidak hairan pengkagum Ibnu Taimiyyah, sedikit sebanyak terikut-ikut dengan kelancangan Ibnu Taimiyyah, sehingga sanggup mencerca dan memperlekehkan orang lain bahkan mengeluarkan fatwa-fatwa yang dahsyat, antaranya menghukum Sholawat Syifa` sebagai sesuatu yang bercanggah dengan aqidah Islam. Allahu … Allah, hukuman yang amat berat, sepatutnya dia kena guna kepala otak sikit untuk berfikir, jikalah benar dakwaannya sholawat Syifa` itu bercanggah dengan `aqidah, kenapa ramai ulama yang terbilang dahulu dan sekarang, di serata pelusuk dunia Islam, bukan sahaja Dr. Harun Din hafizahUllah, mengamalkannya bahkan menganjurkan amalannya. Sholawat Syifa` itu bukan sahaja disebut oleh ulama kita, tetapi telah disyarahkan pula oleh ulama-ulama Timur Tengah antaranya oleh Imam Ahmad ash-Showi al-Maliki rahimahUllah, ulama besar ahli tafsir dalam karya beliau. Wahai orang yang punya kepala otak, gunakanlah kepala otak tu untuk berfikir sejenak, tergamakkah untuk menghukum Syaikh Wan Ahmad al-Fathani sebagai orang yang rosak `aqidah, Dr. Harun Din sebagai orang yang rosak `aqidah dan ramai lagi ulama dan awliya` serta sholihin sebagai mereka-mereka yang rosak aqidah sebab mereka mengamalkan Sholawat Syifa`, kalau sanggup, maka ketahuilah kamu telah dijangkit virus Wahabi, kerana antara simptomnya adalah suka menyalahkan orang lain yang tidak sependapat. Segeralah anda ke mana-mana pusat pengajian dan rawatan Islam Ahlus Sunnah Wal Jama`ah termasuklah ke Darul Shifa` untuk berubat….. Maaf Cakap.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.