‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
berpaling daripada melakukan sesuatu hajat kerana beranggapan akan
bernasib sial maka dia telah melakukan syirik.”
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah penebus anggapan itu?
Baginda menjawab:
“Hendaklah seseorang daripada kamu mengucapkan:
اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
(Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan
kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah
selain Engkau).”
(Hadith sahih riwayat Ahmad, No. Hadith : 6748)
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ
فَقَدْ أَشْرَكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ قَالَ
أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا
طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
]التخريج: مسند أحمد بن
حنبل , مُسْنَدُ المُكْثِرِينَ مِنَ الصَّحَابَةِ , مسْنَدُ عَبْدِ اللهِ
بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ عنهما,من ردته الطيرة من حاجة فقد أشرك ,
رقم الحديث 6748 , وقال أحمد شاكر خلاصة حكم المحدث إسناده صحيح[
Pengajaran Hadith :
1.Bulan Safar adalah bulan kedua dalam kalendar Hijrah selepas bulan
Muharram. Antara maksud Safar adalah bulan yang diharamkan untuk
berperang sebagaimana yang dilakukan oleh Arab Jahiliyyah. Mereka
berperang pada bulan Muharram dan berhenti pada bulan Safar. Safar juga
bermaksud ulat yang berada di dalam perut manusia ketika lapar
(menyebabkan muka orang yang mengalaminya kelihatan kuning), yang
berkemungkinan boleh membawa maut. Terdapat ulama yang berpandangan
bahawa ianya lebih teruk serta berjangkit berbanding penyakit kulit.
2.Masyarakat Arab Jahiliyyah menganggap bahawa perkara buruk akan
berlaku apabila datang bulan Safar. Bahkan mereka menggelar bulan Safar
sebagai bulan sial. Tanggapan tersebut termasuk tatayyur yang dilarang
dalam Islam. Antara larangan yang lain adalah menganggap sial bagi hari
tertentu seperti hari Rabu, menganggap bulan Syawal sebagai bulan sial
secara khusus dalam urusan pernikahan, larangan untuk bermusafir pada
bulan Safar dan lain-lain. Maka pandangan-pandangan ini adalah satu
kepercayaan masyarakat arab Jahiliyyah yang karut dan bertentangan
dengan ajaran Islam. Kedatangan Nabi SAW menolak kesemua kepercayaan
tersebut kerana ianya adalah amalan syirik.
3.Justeru, setiap
Muslim hendaklah memantapkan keimanan dengan percaya kepada Qada’ dan
Qadar yang telah ditetapkan Allah SWT serta menghilangkan tanggapan yang
silap tersebut dengan bertawakal kepada Allah SWT. Selain daripada itu,
dianjurkan agar sentiasa membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW
sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith ini.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.








