
Sempena haul beliau, aku nukillah kalam beliau berhubung dengan kitab-kitab yang dianjurkan untuk dijadikan pegangan kita dalam ilmu agama dan penjelasan beliau mengenai mazhabnya para Saadah Bani ‘Alawi. Agar tidak kita termakan dakyah golongan yang cuba menyesatkan para saadah yang kita kasihi dari jalan para leluhur mereka yang mulia. Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasaawi asy-Syajaar, murid Imam al-Haddad, dalam karangannya “Tatsbiitul Fuaad” juzuk ke-2, halaman 36, menukilkan kalamnya Imam al-Haddad seperti berikut:-
Telah berkata Imam al-Haddad r.a.: Dalam pandangan kami, (kitab – kitab yang menjadi) tiang atau fondasi bagi ilmu-ilmu agama serta segala kaedahnya ada 4. “Shahih al-Bukhari” dalam ilmu hadits; “Tafsir al-Baghawi” dalam ilmu tafsir; “al-Minhaj” (yakni “Minhajuth Tholibin” karya Imam an-Nawawi)” dalam ilmu fiqh (yakni fiqh Syafi`i); dan di antara kitab yang menghimpun berbagai ilmu agama adalah “Ihya` ‘Ulumiddin“. Inilah kaedah-kaedah untuk dijadikan landasan bagi memahami ilmu-ilmu agama. Kami telah mentelaah banyak kitab tetapi tidak kami lihat yang lebih himpunan ilmunya berbanding kitab “Ihya` ‘Ulumiddin”. Waktu sangat singkat dan segala kaedah yang disebutkan tadi itulah yang menjadi landasan bagi pengetahuan agama, itulah tiang-tiangnya pengetahuan agama. Dan tiadalah mazhab kami melainkan al-Quran dan as-Sunnah (yakni mazhab kita semuanya bersandarkan kepada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah ertinya Imam al-Haddad menolak mazhab walaupun beliau dikatakan telah mencapai kedudukan untuk berijtihad). Ketika kami menunaikan haji, sebahagian orang bertanyakan mengenai mazhab kami. Maka aku katakan kepada mereka: “(Kami bermazhab) Syafi`i”. Dan hadir dalam majlis itu seorang wali yang kasyaf dari kalangan ahlul khuthwah, dia berkata kepadaku: “Kenapa engkau mengatakan bahawa mazhabmu Syafi`i, sedangkan mazhabmu adalah al-hadits?” Maka aku menjawabnya: “Bagaimana tidak, bahawasanya para leluhur kami semuanya atas mazhab Imam asy-Syafi`i.“

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.